Written by Bella | October 18th, 2019

Tidak ramai yang tahu pelakon dan model Haneesya Hanee tinggal di flat kos rendah sejak berusia 12 tahun. Ada juga yang mempersendakannya tetapi Haneesya berkata dia sedikit pun tidak pernah merasa malu menghuni rumah tersebut.

haneesya hanee

Pernah melalui kehidupan yang susah sehingga satu ketika menjadi gelandangan, Haneesya bersyukur dapat tinggal di Program Perumahan Rakyat (PPR) dimana ia satu anugerah besar buatnya dan keluarga. Haneesya dan keluarga menetap di PPR Pudu Ulu, Cheras, sejak tujuh tahun lalu.

Saya tak malu duduk di PPR. Saya tahu asal usul diri. Bagi saya, isu menetap di kawasan PPR tidak pernah menjadi ‘kudis’.

haneesya hanee tidak malu duduk ppr

Pernah dahulu, kami hidup susah sampai jadi gelandangan dan menumpang rumah orang lain. Apabila mendapat rumah PPR, ia menjadi suatu pemberian Allah yang amat disyukuri. Dapatlah kami anak beranak berteduh daripada panas dan hujan.

Haneesya mengakui selesa tinggal di PPR dan seronok hidup berjiran, satu komuniti yang berbeza dari tempat lain. Buat masa ini dia belum terfikir lagi untuk berpindah ke rumah lain.

Sumber Berita : BH ONLINE

25 responses to Tak Malu Duduk Di PPR, Saya Tahu Asal Usul Diri – Haneesya Hanee

  1. Anonymous says:

    org dah x layan isu hitam, nak main isu miskin pulak ke? saya pun duduk flat sampai skrg… tak malu pun.

  2. Mmmmmm says:

    Yang ddk PPR slalu mmg acah2 hot.

  3. anun says:

    Try hard sungguh

  4. Anonymous says:

    ni simpati ke sarcasm?huhu

  5. zina zani says:

    Tabah la haneesya. kesian mendengar kisah hidup awak ni. memang boleh dijadikan inspirasi, pedoman dan montivasi kepada diri semua orang untuk berjaya seperti awak. awak bukan saja jelita, tinggi, ayu, lemah lembut, malah juga mempunyai hati budi yang sungguh menakjubkan

Tinggalkan Komen Anda Di Sini