Tidak ramai yang tahu pelakon dan model Haneesya Hanee tinggal di flat kos rendah sejak berusia 12 tahun. Ada juga yang mempersendakannya tetapi Haneesya berkata dia sedikit pun tidak pernah merasa malu menghuni rumah tersebut.
Pernah melalui kehidupan yang susah sehingga satu ketika menjadi gelandangan, Haneesya bersyukur dapat tinggal di Program Perumahan Rakyat (PPR) dimana ia satu anugerah besar buatnya dan keluarga. Haneesya dan keluarga menetap di PPR Pudu Ulu, Cheras, sejak tujuh tahun lalu.
Saya tak malu duduk di PPR. Saya tahu asal usul diri. Bagi saya, isu menetap di kawasan PPR tidak pernah menjadi ‘kudis’.
Pernah dahulu, kami hidup susah sampai jadi gelandangan dan menumpang rumah orang lain. Apabila mendapat rumah PPR, ia menjadi suatu pemberian Allah yang amat disyukuri. Dapatlah kami anak beranak berteduh daripada panas dan hujan.
Haneesya mengakui selesa tinggal di PPR dan seronok hidup berjiran, satu komuniti yang berbeza dari tempat lain. Buat masa ini dia belum terfikir lagi untuk berpindah ke rumah lain.
jojo
October 29, 2019 at 5:38 pm
shes so beautiful
badariah baharum
October 21, 2019 at 9:44 am
cakap tu rasa leh pandang kiri kanan la ye…jg kain sendiri takut anak2 tu termakan apa ko ckp wlu ko duk banglo sekalipun
Me
October 20, 2019 at 4:30 pm
Dia ni mcm prasan cntik..yek??
pondan=anjing
October 20, 2019 at 1:40 pm
patut akhlak out…asal ppr rupanya……hrmmmm
ikan
October 19, 2019 at 5:01 pm
pergilah PPR sekali sekala.kereta besar2 weh. Ada yg siap sewakan rumah PPR dia sampai 1k sebulan. tolonglah. kalau dah mampu tu move out la dari PPR.