“Tak Make Sense, Masa Dua-Dua Kenal Hati Budi Each Other Sangat Sekejap..” – Netizen Pertikai Fattah Amin Cepat ‘Move On’

Hiburan

“Tak Make Sense, Masa Dua-Dua Kenal Hati Budi Each Other Sangat Sekejap..” – Netizen Pertikai Fattah Amin Cepat ‘Move On’

Sedia maklum, semalam, pelakon Fattah Amin dan penyanyi, Amira Othman membuat pengumuman mengejut dengan mendedahkan mereka bakal bernikah pada 14 September, Ahad ini.

Berita tersebut sememangnya diterima baik oleh rakan selebriti serta para peminat yang sudah lama menunggu pengumuman tersebut dilakukan oleh kedua-dua individu berkenaan.

Advertisement

Fattah Amin ‘move on’ terlalu cepat?

Namun, walaupun ia merupakan khabar berita gembira tetapi terdapat segelintir netizen yang tidak dapat ‘menerima’ dan merasakan aktor terbabit terlalu cepat ‘move on’.

Fattah amin dan amira

Perkara tersebut diluahkan susulan mereka merasakan Fattah baru saja bercerai pada tahun lalu dengan bekas isteri, Fazura dan tidak sampai setahun lagi lafaz cerai dilakukan.

Sifatkan Fattah mudah jatuh cinta lokasi

Masa dia orang kenal hati budi each other tu sangat sekejap untuk someone yang dah pernah kahwin almost 10 tahun.

Komen

Dalam pada masa yang sama, ada juga yang menyifatkan Fattah lelaki yang mudah melupakan masa lalu serta mudah jatuh cinta lokasi.

Sekadar info, Fattah Amin dan Fazura pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 tetapi sah cerai talak satu pada Oktober 2024.

2025-09-08 19:49:57

“Dia Lelaki & Anak Yang Baik..” - Amira Othman Yakin Fattah Amin Calon Tepat Untuk Dijadikan Suami

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...