Melalui laporan mStar, isteri kepada pendakwah sensasi, Da’i Syed iaitu Hana Ismail enggan melalui lagi peristiwa gelap menjaga anak seorang diri tanpa suami disisi selama 21 hari.
Tak mahu ulang 21 hari jaga anak tanpa suami
Menurut Hana atau nama sebenar, Nurul Hana Ismail, dia memahami perasan serta tanggungjawab seorang ibu yang terpaksa membesarkan anak tanpa suami dan pengalaman itu dikaitkan dengan Syed yang dipenjarakan selama 21 hari atas tuduhan merogol.
Kalau boleh saya tidak mahu ulang semula 21 hari itu (menjaga anak seorang diri). Saya berdoa tak terjadi juga perkara sama kepada wanita di luar sana.
View this post on Instagram
Kagum dengan wanita jadi ketua keluarga
Dalam pada masa yang sama, bekas pengacara itu berasa kagum dengan kegigihan kaum wanita menjadi ketua keluarga dalam membesarkan anak-anak.
Tiada wanita hamil dan melahirkan anak mahu membesarkan cahaya mata seorang diri kerana figura seorang ayah dalam keluarga sangat besar. Sebenarnya kalau tanya secara peribadi kepada wanita pun tiada seoang nak jadi nahkoda dalam kapal tap apa-apa pun kita kena persiapkan diri juga.
Sekadar info, pada 30 Ogos lalu, Da’i Syed atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Syaiful, 29, dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan 3 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor kerana merogol seorang gadis di sebuah kondominium, lima tahun lalu.