Tak Mahu Tumpang Populariti Bapa, Anak Allahyarham Mr OS Sertai Progam Lawak Mencari Sepahtu Yang Hilang

Hiburan

Tak Mahu Tumpang Populariti Bapa, Anak Allahyarham Mr OS Sertai Progam Lawak Mencari Sepahtu Yang Hilang

Anak kepada pelawak terkenal Allahyarham Mr. Os iaitu Hazwan dan Hafizul khabarnya telah menyertai program realiti terbaharu terbitan Astro Warna iaitu Mencari Sepahtu Yang Hilang.

Jelas Hafizul yang merupakan anak ke-4 arwah Mr. Os, dia dan abangnya berasa bimbang jika orang meletakkan jangkaan yang tinggi selepas mengetahui mereka berdua adalah anak kepada pelawak terkenal negara.

Advertisement

Tambahnya lagi, dia dan Hazwan juga takut jika ada segelintir individu menuduh bahawa mereka hanya ingin menumpang populariti arwah ayah tercinta.

Mr OsSumber : NSTP  

Bukan itu sahaja, bila orang dah tahu kami anak kepada seorang pelawak lagenda nanti buat silap pun akan dikritik dan kalau buat yang terbaik pun, orang mengata.

Ingin menampilkan sesuatu yang berbeza, Hafizul dan Hazwan bakal bergabung menjadi satu kumpulan yang diberi nama Arteh dalam program lawak tersebut nanti.

Manakala bagi Hazwan, kejayaan mereka memasuki program tersebut bukanlah semata-mata keduanya dikenali sebagai  anak kepada Allahyarham Mr.Os.

Advertisement

Meskipun ahli kumpulan Sepahtu iaitu Pak Ya mengenali dia dan adiknya itu sebagai anak Mr. Os, namun tegas Hazwan, pemilihan mereka untuk ke peringkat seterusnya program carian bakat baru itu adalah disebabkan bakat melawak di atas pentas.

tauke jambu menikah
1 minggu lalu

Video Tular, Tauke Jambu Selamat Bernikah Lagi?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    November 25, 2021 at 11:02 am

    dah tu, perlu ke bg tau dia anak sape?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...