Tak Mahu Tanggungjawab Di Rumah Terabai, Fiza Halim Tolak Tawaran Berlakon

Hiburan

Tak Mahu Tanggungjawab Di Rumah Terabai, Fiza Halim Tolak Tawaran Berlakon

Mengakui tumpuannya kini hanya kepada anak bongsu, Aleena yang baru sahaja berusia dua tahun, pelakon Fiza Halim akui kini lebih berhati-hati menerima tawaran berlakon agar tugas hakiki di rumah tidak terganggu.

Tak Mahu Tanggungjawab Di Rumah Tidak Terabai, Fiza Halim Tolak Tawaran Berlakon

Advertisement

Menurutnya, beliau langsung tidak pernah mahu mengucapkan selamat tinggal kepada dunia lakonan. Hal ini kerana, itulah mata pencariannya selama ini selain membuat ulasan produk di Instagram.

“Berbanding dua kakaknya, Aryanna dan Adyrra, membesarkan Baby Aleena agak mencabar. Dia suka memerap dan hendak perhatian yang lebih. Saya pula tidak menggunakan khidmat pembantu rumah, jadi, serba-serbi saya lakukan sendiri.”

Katanya lagi, beliau juga perlu menimbang tawaran berlakon agar tanggungjawab di rumah tidak terabai.

Tak Mahu Tanggungjawab Di Rumah Tidak Terabai, Fiza Halim Tolak Tawaran Berlakon

“Saya baru menolak tawaran berlakon. Saya perlu fikir banyak kali disebabkan anak ketiga ini. Saya juga tidak mahu menyusahkan produksi.”

Sekadar informasi, Fiza selamat berkahwin dengan  juruterbang syarikat penerbangan Malindo bernama Aizat Al-Jefri Abdul Kudus sejak Disember 2016. Perkahwinan ini merupakan perkahwinan ketiga buat Fiza selepas mengalami dua kegagalan.

Tak Mahu Tanggungjawab Di Rumah Tidak Terabai, Fiza Halim Tolak Tawaran Berlakon

Menerusi perkahwinan pertamanya dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin, beliau dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ferra Aryana Ahmed Farriq dan Feeya Adyrra Ahmed Farriq.

Fiza seterusnya mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Adam pada September 2013. Bagaimanapun perkahwinan ini hanya bertahan selama tujuh bulan sebelum mereka bercerai buat kali pertama.

Tak Mahu Tanggungjawab Di Rumah Tidak Terabai, Fiza Halim Tolak Tawaran Berlakon

Fiza dan Adam mengambil keputusan untuk rujuk selepas tiga bulan bercerai, namun setahun kemudian mereka disahkan bercerai buat kali kedua.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...