Sedia maklum, kontroversi berkenaan isu babak rogol yang dibuat sebagai bahan jenaka di dalam rancangan televisyen Rumah 107 sedang tular di platform media sosial.
Insiden tersebut sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktres Raja Farah, namun dia mengambil pendekatan untuk tidak memanjangkan isu jenaka rogol yang membabitkan namanya itu dan menganggap ia telahpun selesai.
Saya tak nak komen sangat kerana secara dasarnya, perkara ini sudah selesai.
View this post on Instagram
Tentang permohonan maaf dari pihak yang terlibat, Raja Farah mendedahkan dia belum lagi menerima permohonan maaf secara peribadi daripada penerbit dan pengarah program berkenaan iaitu Khir Rahman, walaupun permohonan maaf telah dibuat olehnya di Instagram.
Saya tengok Abang Khir ada cuba cari nombor telefon saya namun, dia tidak ada DM (direct messege) atau apa-apa. Kalau abang Fauzi, dia ada DM saya dan muat naik dalam Instagram.
Katanya kepada pihak Kosmo.
Apabila ditanya jika hal ini memberikan kesan kepada mentalnya ataupun tidak, Farah akui ia sememangnya memberi kesan tetapi bersyukur kerana suaminya, Megat Bashirun Qhuyum Zakaria seorang yang memahami.
Sebelum ini, aktor Fauzi Nawawi berserta dua lagi tetamu di dalam rancangan televisyen Rumah 107 iaitu Fizz Fairuz dan Zul Huzaimy mengimbau kembali watak-watak jahat yang dilakoni mereka.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.