“Tak Mahu Mereka Meracuni Fikiran..” – Kaka Azraff Sokong Gerakan Blockout 2024, Tidak Mahu Menghakimi Artis Lain

Hiburan

“Tak Mahu Mereka Meracuni Fikiran..” – Kaka Azraff Sokong Gerakan Blockout 2024, Tidak Mahu Menghakimi Artis Lain

Penyanyi Kaka Azraff menyokong tindakan pengguna media sosial yang memulakan gerakan Blockout 2024. Sebagai salah seorang artis yang lantang bersuara tentang peperangan di Palestin, penyanyi ini juga menyertai gerakan tersebut sebagai tanda sokongan.

Perlu ada pegangan sendiri

Kata Kaka, gerakan ini merupakan satu usaha yang baik bagi memberi kesedaran kepada orang ramai. Dirinya sendiri sudah block beberapa selebriti luar negara kerana enggan pemikirannya diracuni mereka.

Advertisement

Saya anggap itu perkara baik tapi harap tiada yang terkesan atau terasa. Saya bukan nak menghentam sesiapa tapi langkah itu sesuatu yang positif dan saya pun mula block artis luar negara.

 

Saya tak mahu mereka meracuni fikiran saya sebab kita sebenarnya sudah terlalu ke arah kebaratan. Semua nak ikut sana. Kita kena ada identiti dan pegangan sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by K A (@kakaazraff)

Pilihan masing-masing

Ketika ditanya soal artis lain yang bekerjasama dengan produk atau jenama yang dikaitkan dengan Israel, penyanyi ini tidak mahu menghakimi mereka. Namun, dia menggesa mereka untuk sentiasa menunjukkan solidariti terhadap Palestin.

Saya tak menghakimi mereka, itu pilihan masing-masing. Semua orang ada sebab tersendiri dan begitu juga saya. Mungkin mereka nak tanggung keluarga atau memerlukan wang.

 

Saya cuma harap mereka tak berhenti bersuara mengenai Palestin. Kita buat bukan sebab diri sendiri tetapi agama dan saudara Islam kita di sana.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by K A (@kakaazraff)

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

mira filzah boikot
2 months ago

Ramai ‘Join’ #Blockout2024, Rakan Tak Setuju Mira Filzah Ada Dalam Senarai Boikot - “Dia Tak Pernah Stop Post Pasal Palestin”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...