Susulan sudah bercerai, isteri kepada usahawan, Datuk Red iaitu Datin Red atau nama sebenarnya Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim tidak menuntut sebarang nafkah terhadap bekas suaminya.
Faham keadaan Datuk Red
Kata Datin Red, keputusan tersebut dilakukan kerana sedar dengan keadaan bekas suami yang ketika ini dalam kesusahan dan sedang berusaha perbetulkan keadaan.
Sebab saya tahu dia dah muflis, tak apalah saya cari nafkah sendiri sahajalah untuk anak-anak saya. Itu sajalah saya nak cakap.
View this post on Instagram
Hubungan masih kekal baik
Dalam pada masa yang sama, sewaktu pihak Gempak berjumpa dengannya di Perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Selangor, Datin Red memaklumkan hubungannya bersama Datuk Red kekal baik biarpun sudah tidak bersama.
Perkahwinan Datuk Red dan isteri pertamanya itu berakhir dengan penceraian talak satu.