Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Tak Mahu Letak Harapan Tinggi..” Zizi Kirana Okay Saja Berjodohan Dengan Yusuf Bahrin

Zizi Kirana

Akhirnya, penyanyi Zizi Kirana tampil menjawab gosip bertebaran yang mengatakan dia kini sedang menyulam kasih bersama pelakon Yusuf Bahrin.

Advertisement

Ujar Zizi, dia mengakui bahawa hatinya terbuka untuk menerima andai takdir dia dijodohkan dengan pelakon kacak itu.

Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil,36, walau bagaimanapun menjelaskan bahawa hubungannya dengan pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu kini masih berada dalam fasa teman rapat.

View this post on Instagram

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)

Turut berkongsikan perkenalannya dengan Yusuf, Zizi memberitahu bahawa dia mula bertemu dengan aktor itu sejak rakaman program All Together Now Malaysia sekitar Mac lalu.

Advertisement

Ya, kami berkawan baik dan saya selesa dengan Yusuf. Tapi kami tak pernah berjumpa atau keluar ‘dating’ pun, hanya berhubung menerusi telefon. Kalau boleh saya tak mahu letakkan sebarang harapan yang tinggi terhadap hubungan ini. Takut kalau tak jadi, kecewa.

Tambah penyanyi lagu EH! ini lagi, dia tidak menyangka ramai yang ‘merestui’ hubungannya bersama pelakon itu.

View this post on Instagram

A post shared by Yusuf Bahrin (@yusuf_bahrin)

Dia dalam pada itu turut mendedahkan bahawa sudah bersedia untuk bergelar isteri memandangkan umurnya juga sudah semakin meningkat dan bukan lagi masa untuk bermain-main.

Terdahulu, tular di TikTok mengenai video yang memaparkan Yusuf memanggil Zizi dengan panggilan sayang.

Sehubungan dengan itu, ramai netizen menyangka bahawa kedua-dua selebriti ini sedang bercinta dan turut berdoa agar hubungan mereka berakhir di jinjang pelamin.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Syasya Dolla pak pung pak mustafe

    September 4, 2021 at 11:29 am

    zizi yg dlu dan sekarang jauh beza.. ini sbbkn money money money money money.. no money no talk eyhhh..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top