July 22nd, 2019

Takdir sudah menentukan jodoh mereka tidak panjang dan perpisahan adalah jalan terbaik untuk kedua-dua belah pihak, oleh itu pelakon Fizo Omar berharap netizen berhenti mencetuskan spekulasi mengenai perceraiannya dan Mawar Karim.

Janganlah juga memberikan komen yang melampau sehingga mengaibkan keluarganya.

Fizo tidak mahu kerana kata-kata netizen menyebarkan perkara tidak benar, keadaan menjadi lebih keruh. Enggan hubungan baik dengan bekas isterinya itu terjejas.

Saya tidak akan mengambil tindakan undang-undang pun, itu hak netizen untuk bercakap. Tetapi kalau ada yang terlampau sampai mengaibkan dan memberikan kesan tidak baik, saya akan mengambil tindakan sewajarnya.

Saya tak mahu hubungan saya dan bekas isteri menjadi keruh memandangkan kami sudah bersepakat untuk berbaik-baik demi Maryam.  Saya tak mahu disebabkan kata-kata netizen baik saya dan bekas isteri bergaduh.

Fizo dan Mawar sah bercerai tala satu pada 10 Julai lalu selepas enam tahun mendirikan rumah tangga. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Marya yang kini berusia dua tahun.

Sama-sama kita doakan agar Fizo dan Mawar dapat terus mengekalkan hubungan baik demi kebahagiaan anak mereka.

Sumber Berita : Astro Gempak


19 responses to “Tak Mahu Kerana Kata-Kata Netizen, Saya Dan Bekas Isteri Bergaduh – Fizo Omar”

  1. Eurggghhhh says:

    mcm mana netizen tak komen melampau…..ko tu abe tapi mcm joyah pot pet pot pet.

  2. Anonymous says:

    ckp no komen dah la… bosan dah la wey.

  3. Anonymous says:

    eh shuddup la..
    mcm nak carik perhatian.
    low class kelantan!

  4. faraj says:

    dah la tu…hentikan kasi statement kt press…. zzz

    • Anonymous says:

      kannn..dah 2 minggu kitar semula gosip theyols ni…bawang rangers sume dah move on isu lain.

    • Anonymous says:

      retis biase ler tu…kata xnk bukak aib…tapi bile reporters tanya layan jugak. :(((

    • Anonymous says:

      Sudah2 lah tu, mulut orang memang kita takleh tutup tambah pulak kalau kita sendiri yang tak panjangkan lagi isu tu. Diam lebih baik berkata2. Ye awak public figure, ada sesetengah perkara better left unsaid. Nak jaga hati dua dua belah pihak, bincang sama2 sendiri tak perlu nak pc2 bagai, paling tak pun diam je dan fokus dengan kehidupan memasing. Settle.

    • jantan attention seeker says:

      dah enko & mak enko bagi statement, haruslah netizen bcakap2. lbh kau diam ‘no comment’.

Loading...