Tak Mahu Kecoh Kecoh, Netizen Bandingkan Ibu Bella Astillah Dengan Ibu Aliff Aziz – “Beza Sungguh Dengan Yang Sana Tu”

Trending

Tak Mahu Kecoh Kecoh, Netizen Bandingkan Ibu Bella Astillah Dengan Ibu Aliff Aziz – “Beza Sungguh Dengan Yang Sana Tu”

Semalam, Siti Zarina sempat ditemu bual oleh wartawan di perkarangan mahkamah dan ditanyakan tentang komennya berkenaan keputusan Aliff enggan menceraikan Bella.

Bagaimanapun, dengan nada yang lembut Eina berkata dia sebolehnya enggan memberikan apa-apa komen dan melibatkan pihak media atau media sosial.

Advertisement

Namun ujarnya, apa pun yang berlaku dia sentiasa ada menjadi tulang belakang aktres berusia 30 tahun berkenaan.

Sebenarnya, mak taknak keluar apa apa (kenyataan) pun. Mak jenis yang tak suka (beritahu) dalam media sosial. Sebab itu mak banyak berdiam. Mak dia ni di belakangnya saja. Biar dia dengan mak je tahu apa yang mak buat untuk dia.

 

Mahu selesai antara keluarga

Dalam pada itu, apabila ditanya soal hubungan keluarga tersebut dengan Erica selepas apa yang berlaku di antaranya dengan Aliff, Eina menolak untuk memberikan apa-apa komen lanjut.

Tambah Eina, biarlah isu itu hanya di antara keluarga mereka sahaja yang terlibat.

Mak taknak komen pasal itu. Nanti kami selesaikan antara keluarga. Mak taknak ada (berita) di laman sosial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ERA – Muzik Hit Terkini (@era.je)

 

Anak baik sebab mak dia baik

Sementara itu, ruangan komen dipenuhi kata-kata positif daripada warganet yang memuji ibu Bella sangat lemah lembut selain berperwatakan sopan.

Ramai memujinya kerana memilih untuk bersuara tentang hal rumah tangga anak selain ada yang berpendapat Bella mewarisi hati yang baik dan percakapan yang lembut itu daripada ibunya.

komen

Sesetengah individu membandingkan Eina dengan ibu Aliff Aziz, Fiza yang dilihat lebih lantang bersuara dan bercakap tentang menantunya.

Mak macam ni lah jadi contoh. Bukannya sikit sikit update story perli perli.

komen

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...