Pelakon cantik manis, Hannah Delisha yang sebelum ini pernah dihimpit kontroversi yang mengatakan dirinya sukar memberi kerjasama dengan rakan media tampil menafikan dakwaan itu dan beranggapan dirinya tidak berubah dan sama sahaja seperti kemunculan awalnya dahulu dalam dunia hiburan.
Menurut Hannah, fokus utamanya ketika awal-awal dia melibatkan diri dalam dunia seni adalah hanya untuk menghiburkan peminat dengan karya-karya lakonan, nyanyian mahupun perniagaan dan bukannya ingin dikenali dengan isu-isu peribadi.
Tambah pelakon drama Cinta Sekali Lagi ini, dia lebih selesa berkongsi perkara-perkara yang melibatkan kariernya sebagai anak seni dan tidak gemar menjual kisah peribadinya kepada umum.
View this post on Instagram
“Dari dahulu sampai sekarang, saya tak rasa ada perubaahan yang besar pun. Saya masih Hannah Delisha yang sama. Fokus utama saya pun lebih kepada dalam soal kerja saja. Pada yang kenal saya, tahu diri ini lebih bersikap ‘low profile’. Saya pun tak suka nak kecoh-kecoh. Saya pun tak biasa nak kongsi hal peribadi. Kalau rasa nak kongsi, pasti saya sedia berbuat demikian. Begitulah sebaliknya.”
Hannah yang sebelum ini mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya dan memadam hampir 800 foto yang memperlihatkan aurat ternyata telah meraih perhatian daripada netizen dan turut mendapat reaksi positif daripada peminat yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dirinya.
View this post on Instagram
Perkembangan terkini, Hannah berkata dia sepatutnya kembali fokus dalam bidang nyanyian namun hasratnya itu terhenti seketika gara-gara perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam negara kini.Meskipun begitu, dia menjelaskan akan sentiasa terbuka untuk menerima tawaran berlakon asalkan bersesuaian dengan imej dan personalitinya kini.
Dalam pada itu juga, Hannah difahamkan bakal melancarkan perniagaan rekaan baju berkonsepkan ‘modest’ untuk wanita, tidak lama lagi.