Tak Mahu Jadi ‘Mayat Hidup’, Isteri Aman Ra Sedia Hadapi Sebarang Kemungkinan Buruk Dalam Rumah Tangga

Hiburan

Tak Mahu Jadi ‘Mayat Hidup’, Isteri Aman Ra Sedia Hadapi Sebarang Kemungkinan Buruk Dalam Rumah Tangga

Belum menemui titik noktah, kontroversi membabitkan rumah tangga antara penyanyi rap Aman Ra dan isterinya, Natiqah Rahmat nampaknya semakin berlarutan apabila wanita itu ada memuat naik luahan panjang dipercayai status terkini mengenai kes yang melanda mereka berdua.

Natiqah RahmatSumber : Instagram Natiqah Rahmat  

Menerusi beberapa buah hantaran di Instagram Story milik Natiqah, dia menyatakan bahawa sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan buruk yang mungkin berlaku susulan daripada konflik yang berlaku antara dia dan suaminya itu.

Advertisement

Tambah Natiqah lagi, dia sama sekali tidak berasa takut kerana yakin dirinya berada di pihak yang benar dan akan sentiasa melindungi anak-anaknya.

Ujarnya lagi, ramai yang sebenarnya telah bersubahat dan bersengkokol dalam diam untuk menjatuhkan dirinya.

Instagram NatiqahSumber : Instagram Natiqah  

“Saya dah bagitau pada orang tertentu yang tahun ini saya takkan jadi lagi macam mayat hidup. Saya dah bersedia dengan semua worst yang korang dah rancang. Saya di pihak benar. I said nothing but the truth. Nothing to hide. Sekarang orang yang dah berjanji dengan nama Allah untuk lindungi saya, orang yang sama nak against saya.”

Merasakan tindakan segelintir individu yang berniat jahat terhadapnya itu sebagai sesuatu yang kejam, Natiqah berharap bahawa perkara-perkara tersebut akan dapat dirasai kembali oleh mereka itu kelak.

Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi lagu Bangun ini juga menganggap dugaan yang diterimanya itu sebagai peringatan daripada Allah S.W.T untuk dia kembali menjadi insan yang lebih baik.

“Saya kurang jaga hubungan dengan Allah. Tanpa saya sedar saya letak pasangan saya di tempat paling atas, paling tinggi. Alhamdullilah, masih lagi Allah beri peluang jentik sedikit hati saya yang dah bersimpang jauh.”

Di hantaran berbeza, Natiqah ada juga bertanyakan kepada pengikut media sosialnya mengenai isu poligami dan rata-rata tidak bersetuju jika seorang suami itu tidak pandai membahagikan tanggungjawab dengan adil.

Natiqah igSumber : Instagram Natiqah  

Terdahulu, Natiqah tampil membuat pendedahan di media sosial mengenai rumah tangganya bersama Aman Ra diuji lagi apabila suaminya itu didakwa bermain kayu tiga tanpa pengetahuannya.

Malah, dia turut mendakwa Aman Ra telah melafazkan cerai sebanyak empat kali terhadapnya sebelum ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...