Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tak Mahu Isteri Risau, Suami Ika Nabella Keluar Rumah Tak Pakai Perfume

Mendedahkan suaminya tidak akan memakai minyak wangi andai keluar rumah tanpa kehadiran isteri di sisi, pasangan romantis Ika Nabella dan Zaid Aznam raih perhatian umum.

Advertisement

Katanya Ika, tindakan itu dilakukan Zaid kerana tidak mahu isterinya bimbang semasa beliau keluar seorang diri.

Bagaiamanapun, menurut bekas peserta Akademi Fantasia 6 itu, dirinya langsung tidak pernah berasa syak wasangka terhadap perlakuan suaminya.

“Sayang, I tak pernah risau segala tingkah laku, tindak tanduk you. Belum tahap tu lagi hahahah. Pakaila sebotoi perfume pun tak pa aih! Anything happen its between you and Allah. Besides, I kan biniiiii! Instinct bini kan tak pernah silap. Setuju tak bini-bini sekalian? Hahahaha bini ni kadang2 buat chill tapi jangan ingat kita terlepas pandang.”

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya seakan bersetuju dengan kenyataan Ika yang mana firasat seorang isteri tidak pernah salah.

Bahkan wujud juga segelintir pihak yang dilihat tidak segan menyatakan ‘isteri adalah penyiasat terhebat’.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Ika difahamkan telah nekad mengambil keputusan untuk berhijab atas dorongan suami dan anaknya, Muhammad Noah Zayn.

Malah, beliau kini yang giat dalam dunia perniagaan itu amat berharap agar segala perubahannya ini akan berterusan dan mampu menjadi isteri dan ibu yang sempurna buat keluarga tercintanya.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top