Tak Mahu Dilabel Riak, Adi Putra Enggan Muat Naik Foto Ketika Turun Padang Hulur Bantuan Di Media Sosial

Hiburan

Tak Mahu Dilabel Riak, Adi Putra Enggan Muat Naik Foto Ketika Turun Padang Hulur Bantuan Di Media Sosial

Pelakon Datuk Adi Putra dan pasukan pertubuhan amal Jai The Legend miliknya kini difahamkan sedang giat menghulurkan bantuan buat mereka yang memerlukan di luar sana gara-gara wabak pandemik COVID-19 yang ternyata telah menyebabkan sesetengah masyarakat berdepan kesusahan dari segi makanan dan kewangan.

Adi PutraSumber : Instagram Adi Putra  

Meskipun dia kini aktif turun padang dalam menyampaikan bantuan untuk orang awam, Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim berkata kesemua jenis bantuan yang dihulurkan secara terus kepada penerima adalah hasil sumbangan daripada beberapa organisasi dan individu persendirian.

Advertisement

Menurut Adi lagi, program bantuan tersebut sebenarnya telah dijalankan sejak daripada tahun lepas dan diteruskan sehingga ke hari ini.

“Program bantuan yang kami jalankan sejak tahun lalu masih diteruskan, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang ramai yang terkesan dengan pandemik COVID-19.”

Pelakon filem KL Gangster ini turut berkata bahawa dia jarang memuat naik perkongsian atau sebarang foto dan video sepanjang program bantuan berlangsung kerana bimbangkan tentang penerimaan netizen.

“Banyak tempat kita pergi..ada yang saya upload di media sosial, ada yang saya tak post sebab nanti kalau banyak sangat orang kata riyak pula. Jadi bagi saya itu cara masing-masinglah! Dalam keadaan sekarang ini apa yang boleh bantu, kita bantu. Kita semua sedang melalui satu fasa ujian yang kita tak pernah lalui sebelum ini.”

Perkembangan terkini, Adi Putra dikhabarkan bakal menerbitkan filem amal berjudul Syaaban tidak lama lagi. Dia juga bakal menemui penonton yang menantikan lakonan terbarunya menerusi naskah terbaru arahan Shuhaimi Lua yang berjudul Aku Yang Kau Gelar Isteri pada 17 Februari nanti di slot Samarinda TV3.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...