Tak Mahu Berdepan Tekanan Melihat Juri Di Depan, Mawi Enggan Sertai Program Nyanyian Gegar Vaganza

Hiburan

Tak Mahu Berdepan Tekanan Melihat Juri Di Depan, Mawi Enggan Sertai Program Nyanyian Gegar Vaganza

Siapa tak kenal Mawi yang terkenal dengan lagu Aduh Saleha pada suatu ketika dahulu? Pernah digelar ‘Raja SMS’ ketika penglibatannya dalam program nyanyian Akademi Fantasia musim ke-3, Mawi memaklumkan bahawa dia ada menerima pelbagai tawaran untuk menyertai program nyanyian termasuklah Gegar Vaganza.

Ujar Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani,38, dia mempunyai sebab tersendiri enggan menyertai program berkenaan berikutan tidak mahu berhadapan dengan tekanan yang tinggi.

Advertisement

Jelasnya, tekanan itu pastinya ada kerana setiap peserta akan dapat lagu baru untuk dipersembahkan selain perlu menghafal lirik dan melodi dalam masa yang amat singkat.

Katanya lagi, persembahan di atas pentas untuk tujuan bertanding sangat mendebarkan berbanding melakukan persembahan biasa di hadapan peminat.

 

Bila kita buat show yang bukan pertandingan, enjoy dia lain. Walaupun dalam pertandingan kita nak buat macam biasa, tetap tak boleh sebab kita tahu depan tu ada pengkritik.

Dalam pada itu, suami kepada pelakon dan usahawan Ekin ini berkata pertandingan nyanyian memerlukan dia untuk memberikan komitmen yang tinggi sekaligus dapat menjejaskan kariernya sebagai penyampai radio untuk stesen Zayan FM.

Sekadar info, Mawi telah muncul juara bagi program Akademi Fantasia musim ke-3 dan turut memenangi Anugerah Bintang Paling Popular (ABPBH) selama tiga tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2005, 2006 dan 2007.

Mawi
2 years ago

Misteri 'Kehilangan' Mawi Terungkai, Akui Alami Gangguan & Penyakit Mistik Sebelum Ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...