Usahawan sensasi berasal dari Malaysia, Nur Sajat mengesahkan banglo miliknya di Seksyen 10, Petaling Jaya itu akan dilelong dengan harga RM4.68 juta pada 13 Mei akan datang.
Ujar ahli perniagaan berusia 39 tahun itu dia membuat keputusan tersebut selepas memilih untuk menetap di Australia.
Taknak balik Malaysia
Menerusi TikTok baru-baru ini juga, Sajat berkata sudah tiada sebab untuk dia pulang ke Malaysia memandangkan semua hartanya kini sudah tiada.
Sedih? Buat apa nak sedih. Kita (saya) duduk luar negara, gembira di sini. Bukan setakat rumah kena lelong, kereta pun dah tiada. Apa pun sudah tak ada. Jadi, nak suruh saya balik buat apa? Memang tidak dah lah.
Saya sudah tinggal di sini, buat apa nak fikir lagi duduk di Malaysia. Bukan boleh balik pun. Dulu ada, disuruh pergi saja. Sudah keluar Malaysia nak suruh balik pula, kenapa?
Masuk implan hormon
Dalam pada itu, menerusi Instagram pula Sajat mengesahkan dia baru sahaja menjalani prosedur memasukkan implan hormon ke dalam badannya.
Memang terasa penat penat ke? I pertama kali masuk benda ini dalam badan. (Rasa) lemah lemah sebagai wanita tulen.