Pengacara dan pelakon berbakat, Ain Edruce yang telah hampir tujuh bulan mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan, Amirul Hafiz Mustaffa mengakui tidak mahir melakukan kerja rumah walaupun telah berkahwin.
Namun begitu, Ain tidak malu untuk menuntut ilmu memasak daripada suaminya. Menurut Ain, suaminya memang sudah sedia maklum bahawa dia memang tidak mahir dengan kerja dapur terutama dalam aktiviti memasak. Walau bagaimanapun, tempoh PKP yang masih berlangsung ketika ini telah memberi kesempatan buat dirinya untuk belajar memasak dengan suaminya.
View this post on InstagramApe beza @amirul_hafizz gamba 1 dan gamba 2 ? Cam sama je ? @amirul_hafizz #ainxxamirul
“Sebelum bernikah lagi, Amirul (suami) memang tahu saya tak pandai sangat memasak. Namun, ia bukan isu kerana saya boleh belajar. Alhamdullilah, selama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu, saya guna peluang tidak bekerja dan duduk di rumah dengan belajar memasak bersama suami,”
Dia yang ditemui Harian Metro baru-baru ini mengatakan dia bukanlah seorang isteri yang sempurna namun berasa bersyukur kerana dia dan suaminya berusaha untuk saling melengkapi. Malah, Amirul juga tidak lokek berkongsi resipi dan tidak lelah mengajar isterinya itu hingga boleh memasak beberapa hidangan.
View this post on Instagram
Pagi yang gelap, kini sudah terang, aku adik mu dan engkau ? Sambung kan.
Pengacara yang memang dikenali dengan sifat peramah dan gila-gilanya itu memberitahu bahawa mereka berdua telah semakin menyesuaikan diri dengan kehidupan berumah tangga. Ain turut menyifatkan suaminya itu sebagai seorang yang memahami kerjayanya kini dan seorang yang sangat rajin.
Ain dan Amirul telah bernikah dan diraikan pada Desember tahun lalu di Quill City Mall. Pasangan tersebut telah dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, iaitu Ar Edruce Sabri dan majlis tersebut dihadiri keluarga dan sahabat terdekat.