Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Tak Logik Sebab Hanya Kelas Online..”- Nabila Huda Persoal Kewajiban Bayar Yuran Sekolah Secara Penuh

Nabila Huda

Pelakon versatil, Nabila Huda tampil menyuarakan pandangannya mengenai keperluan membayar yuran sekolah secara penuh sedangkan pelajar hanya mengikuti kelas atas talian sejak daripada tahun lalu.

Nabila Huda dan anakSumber : Instagram Nabila Huda  

Nabila Huda yang juga anak kepada penyanyi rock lagenda, Amy Search ini berkata dirinya turut terkesan dengan sistem yang mewajibkan semua ibu bapa membayar yuran penuh malah turut menggesa orang ramai di luar sana agar berhenti membayar seperti kebiasaannya.

Advertisement

Dia dilihat telah mengutarakan pandangan tersebut di ruangan Twitter dan Instagram miliknya, untuk tatapan serta perkongsian bersama peminat.

Twitter Nabila HudaSumber : Twitter Nabila Huda  

“Kelas online tapi masih nak kena bayar penuh tak logik langsunglah. Sekolah pun tutup, bukan ada orang pakai kemudahan. Cuma nak bayar gaji cikgu. Kenapa kita nak kena terus membayar macam ni. Tak semua anak boleh faham sepenuhnya dengan kelas online. Memanglah orang akan cakap tak tahu belajarlah kena biasa dengan norma baharu. Norma baharu tak ada masalah,tapi kenapa nak kena bayar full yuran?”

Menganggap perkara tersebut sebagai tidak adil buat ibu bapa, Nabila turut meluahkan rasa gusar memikirkan keberkesanan pembelajaran dalam talian kerana tidak semua murid boleh menerima medium yang sedang dipraktikkan kini.

View this post on Instagram

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Menurut Nabila lagi, dia kini berfikir-fikir untuk meletakkan anaknya, Keisya untuk bersekolah di rumah meskipun Nabila dahulu pernah membantah ibu-bapa yang mengamalkan pembelajaran dari rumah kerana merasakan anak-anak perlu belajar bergaul dan menikmati zaman persekolahan bersama rakan-rakan yang lain.

“Tapi dalam keadaan sekarang, saya dah tiada pilihan. Saya sedang mencari gutu yang boleh ajar anak saya subjek penuh!”- Nabila Huda

SUMBER : Twitter, Instagram Nabila Huda
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

6 Comments

  1. Anonymous

    January 21, 2021 at 5:35 pm

    Setuju sgt dgn komen atas ni, jadi fikir2 lah, guru2 tetap gi sekolah sbb & ngajar seperti biasa wp online, ni mmg tak faham bznes la gamaknya.

  2. Anonymous

    January 21, 2021 at 5:32 pm

    la hai, walau pun online, gaji cikgu tu tetap kena bayar, expenses sekolah tetap kena .. ni pandangan dari sudut pengusaha la..

  3. Anonymous

    January 20, 2021 at 10:57 pm

    Cikgu ler tew… Cikgu low class mmg jwb mcm ni.

    • Anonymous

      January 24, 2021 at 1:55 am

      Habis tu ko sape? Penternak babi ke? Atau pembancuh arak?Owh patot la low class. Jap…ke ko nabila huda? Atau mama tiri die? Ops ?

    • Anonymous

      January 24, 2021 at 8:20 pm

      Maksud die guru low class tu ape? Ak rase same je bile dah jd guru kat skolah tu mesti KPM dah ambil melaui IV dan sbagainye. Knape ade istilah low class? Kalau die low class, kau sape? At least die guru. Guru la yg mengajar kite time kecik. Mlainkan kau x sekolah. Sbb tu kau hina guru sbb kau x de guru, kau x sekolah. Sbb tu kau jadi penternak babi kan.

  4. Anonymous

    January 20, 2021 at 1:44 pm

    Orang bila dah sengkek….tin kosong mmg kuat bunyi. Kalau x de duit hantar la skolah kerajaan. Habis cerite. Budak2 straight A spm tu pon kbnykn dr sekolh kerajaan.

    sewa sekolah swasta/private ni gune x gune tetap kne bayar. Bukan bile pkp stop sewa, habis pkp sewa balik bngnn tu. Habis tu yg class online tu tetap kne bayar gaji guru. Knape nak bayar half pulak gaji guru. Nasi kat gerai makan kau yg x sedap tu kau nk suruh bayar full & mahal walau 2 jam mnunggu. Service mmg teruk gile.

    Utk pengetahuan org yg x tahu, guru tetap pergi sekolah. Mengajar online d sekolah. Boleh rujuk surat pekeliling KPM. Dan tugas guru bukan mngajar online shj, tp bnyk lg, sediekn bahan BBM, bahan induksi, buat soalan, skema, jsu, jpu, analisis, tanda kertas jawapan, semak kerje pelajar, key in data, etc. Kalau mengajar 3 class. 1 class ade 25 org. 3 classes dah 75 nk kne semak latihan, pbl, ujian etc

    So sy nk nasihat. Bukan dtuju kpd nabila( i dont know her n dont want to know ) tp kpd semue yg x tahu, kalau x tahu. Jangan malu bertanye. Kalau bodoh, jgn tunjuk, simpan sikit bodoh tu utk anak cucu. Kalau x de duit, jgn nk hidup macam org ade duit. Kalau x cukop duit, kerje la usehe lebih. Jgn duk melalut je. Rezki x dtg bergolek. Yg penting usehe dan cari redha Allah.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama