“Tak Logik Kalau Saya Tinggalkan Anak Seorang Diri” – Fizo Omar Jawab Dakwaan Mawar Karim

Hiburan

“Tak Logik Kalau Saya Tinggalkan Anak Seorang Diri” – Fizo Omar Jawab Dakwaan Mawar Karim

Pelakon dan usahawan, Fizo Omar menjawab dakwaan bekas isterinya, Mawar Karim yang seolah-olah mengatakan dia mengabaikan anak mereka, Wan Maryam, ketika bercuti di sebuah taman tema di Johor Bahru.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar berkata kesemua permainan di taman tema tersebut direka khusus untuk kanak-kanak dan sememangnya tidak masuk akal jika anaknya dibiarkan bersendirian.

Advertisement

Menurut Fizo, 36, dia enggan mengeruhkan lagi keadaan dan menegaskan tidak akan membalas sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas isterinya bagi mengelakkan lebih banyak salah faham.

Saya bawa anak ke taman tema yang sememangnya tempat kanak-kanak dan logik ke kalau nak tinggalkan dia seorang diri?

Jelas pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu, sebagai bapa, dia tidak akan abaikan anak sendiri sedangkan Maryam sangat rapat dengannya.

Saya nak ke tandas pun dia nak ikut saya. Dia juga sangat rapat dengan isteri saya, Fazeera Nazri Aziz yang dipanggil sebagai ummi.

Tambah Fizo, dia juga berharap orang ramai tidak terus mengecam dan memberikan ruang yang sepatutnya kepada bekas isteri.

Itu sajalah jawapan saya. Saya maafkan dia dan mohon netizen tak menghentam dan terus menghukum dia, mungkin dia terlalu beremosi.

Terdahulu, Mawar memuat naik beberapa hantaran di InstaStory memberi bayangan percutian anaknya bersama Fizo tidak seindah yang ditunjukkan dalam media sosial.

mawar
2 years ago

"Maryam Sendiri Cakap 'Sad'" - Mawar Karim Risau Anak Mengadu Lepas Bercuti Dengan Fizo Omar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...