“Tak Layak Jadi Pemimpin, Depan Orang Terpaling Suci” – Zizi Kirana Berang Lihat Suami Langgar Isteri Pakai Motosikal

Hiburan

“Tak Layak Jadi Pemimpin, Depan Orang Terpaling Suci” – Zizi Kirana Berang Lihat Suami Langgar Isteri Pakai Motosikal

Penyanyi, Zizi Kirana meluahkan rasa kesal selepas tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan tindakan seorang lelaki memukul seorang wanita di kaki lima.

Menerusi ciapan di platform Threads, pemilik nama Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil itu menyifatkan lelaki berkenaan tidak layak memegang peranan sebagai pemimpin dalam keluarga.

Advertisement

zizi kirana

k

Menurut pelantun lagu Eh itu, mana-mana lelaki yang sanggup memukul isteri sebenarnya merupakan pembuli dalam rumah tangga.

“Semoga Allah bela setiap yang teraniaya. Lelaki macam ini, ego besar, tak mampu jadi pemimpin. Jadi pembuli dalam rumah.”

“Isteri dijadikan tempat lepas baran sebab dia tahu yang setia itu tidak akan melawan. Depan orang? Terpaling suci. Hakikatnya, paling takut dengan kebenaran sendiri,” ciapnya.

Dalam masa sama, Zizi turut menitipkan kata-kata semangat buat wanita yang menjadi mangsa penderaan supaya terus kuat menghadapi ujian.

zizi kirana

“Buat wanita yang dianiaya, Allah tahu semua yang awak pendam.”

“Jangan lelah untuk kuat. Satu hari nanti, luka itu akan Allah ganti dengan ketenangan. Awak layak bahagia, bukan menderita,” luahnya.

Terdahulu, tular rakaman CCTV berdurasi 56 saat yang memaparkan seorang lelaki bertindak memukul seorang wanita dipercayai isterinya sebelum melanggar kepala mangsa menggunakan motosikal.

Susulan kejadian tersebut, pihak polis mengesahkan bahawa mereka kini sedang giat memburu lelaki terbabit bagi membantu siasatan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

rita rudaini
2026-03-17 10:44:44

Rita Rudaini Hadir Ke MRSM Sungai Besar, Tunjuk Sokongan Program Khidmat Masyarakat - "Redah Hujan Rahmat.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...