January 18th, 2018

Beberapa hari lalu netizen meyifatkan Fathia Latiff seorang yang biadap apabila meninggalkan komen berbaur provokasi dan meminta aktor Iqram Dinzly membunuh diri. Walaubagaimanapun, Fathia masih berdiam diri mengenai isu tersebut dan tidak pasti jika beliau bergurau ataupun sebaliknya.

Perkara itu turut mendapat perhatian Hafiz Hamidun yang menganggap “gurauan” Fathia itu keterlaluan dan boleh menyebabkan kejadian bunuh diri itu benar-benar berlaku apatah lagi umum mengetahui Iqram dikaitkan dengan masalah depresi. Malah, perbuatan menyuruh seseorang itu mengambil nyawa mereka sendiri adalah haram.

Ramai yang bersetuju dengan kenyataan Hafiz itu dan berpendapat  mereka yang mengalami tekanan mental berkemungkinan akan melakukan perkara yang tidak sepatutnya apatah lagi jika ada pihak yang seakan “memberi dorongan” kepada perkara negatif.

Ada pepatah mengatakan, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya. Kalau hendak bergurau haruslah kena pada tempatnya dan jangan memperlekehkan masalah jiwa seseorang. Jika terjadi perkara yang buruk,  penyelasan Fathia tidak ada gunanya lagi.


23 responses to “Tak Lawak Suruh Orang Bunuh Diri, Tak Guna Punya Pemikiran – Hafiz Hamidun “Sound” Fathia Latiff”

  1. lola says:

    ko diamlah anak midon

  2. akak celah bedah says:

    dah ada kes mcm ni kat US, GF buat statement suruh BF bunuh diri, galakkan suruh bunuh diri…BF pun pegi ikut…yg GF akhirnya kene tangkap and dihukum penjara…GF dlm court buat muka sedih mcm innocent giler…tapi tgk dianye text/msg semua mmg macam giler laa kau saiko ke ape suruh org bunuh diri? nak nak BF tgh depression teruk….jangan buat main dek non oiii…fatty ni nak ikut masuk penjara ke kalau betul jadi?

  3. melayu says:

    suruh org bunuh diri dgn masalah peribadi (masalah rumah tangga) adalah 2 benda berbeza. tolong paham okay?

  4. Bob Barli says:

    Lebih kurang macam hashtag #silameninggal yang famous suatu ketika dahulu, even sekarang. Indirectly macam suruh orang tu mati, bahasa je acah2 sopan sikit. Budak Fathia ni memang attitude problem, tak payah layan n memang patut diboikot.

  5. Mat Ronggeng says:

    Nafsu Fathia di BIGO Live…..
    Nafsu Hafiz Hamidon kat Joy Repah kat mana?
    Saja tanya…

Loading...