Tak Lawak Suruh Orang Bunuh Diri, Tak Guna Punya Pemikiran – Hafiz Hamidun “Sound” Fathia Latiff

Hiburan

Tak Lawak Suruh Orang Bunuh Diri, Tak Guna Punya Pemikiran – Hafiz Hamidun “Sound” Fathia Latiff

Beberapa hari lalu netizen meyifatkan Fathia Latiff seorang yang biadap apabila meninggalkan komen berbaur provokasi dan meminta aktor Iqram Dinzly membunuh diri. Walaubagaimanapun, Fathia masih berdiam diri mengenai isu tersebut dan tidak pasti jika beliau bergurau ataupun sebaliknya.

Advertisement

Perkara itu turut mendapat perhatian Hafiz Hamidun yang menganggap “gurauan” Fathia itu keterlaluan dan boleh menyebabkan kejadian bunuh diri itu benar-benar berlaku apatah lagi umum mengetahui Iqram dikaitkan dengan masalah depresi. Malah, perbuatan menyuruh seseorang itu mengambil nyawa mereka sendiri adalah haram.

Ramai yang bersetuju dengan kenyataan Hafiz itu dan berpendapat  mereka yang mengalami tekanan mental berkemungkinan akan melakukan perkara yang tidak sepatutnya apatah lagi jika ada pihak yang seakan “memberi dorongan” kepada perkara negatif.

Ada pepatah mengatakan, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya. Kalau hendak bergurau haruslah kena pada tempatnya dan jangan memperlekehkan masalah jiwa seseorang. Jika terjadi perkara yang buruk,  penyelasan Fathia tidak ada gunanya lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...