Baru-baru ini, isteri kepada penyanyi, YonnyBoii iaitu Nik Nazira telah berkongsi berita tentang kehamilannya di laman Instagram.
Menerusi hantaran tersebut, YonnyBoii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin dilihat bersama isterinya sambil memegang gambar kandungan sulung mereka.
Menurut Nik, mereka telah beberapa bulan menyembunyikan berita gembira tersebut sebelum memutuskan untuk mengumumkan kepada orang umum.
Sudah berbulan-bulan bersembunyi, tetapi saya ingin berkongsi beberapa bulan terakhir kehamilan saya dengan anda semua.
Difahamkan, usia kandungan Nik kini sudah berusia lima bulan dan mengakui dirinya kelihatan seperti tidak berbadan dua.
Dalam pada itu, pasangan suami isteri itu meluahkan rasa teruja bakal menjadi ibu bapa dan meminta orang ramai untuk mendoakan kandungan berada dalam keadaan selamat.
Alhamdulillah tak lama lagi kami akan menjadi mommy dan daddy. Doa agar dipermudahkan perjalanan untuk kami dan baby.
Info tambahan, YonnyBoii telah mendirikan rumah tangga bersama Nik Nazirah Nik Narriman pada 20 November 2021 di Duchess Place, Ampang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.