Menerima satu kiriman mesej daripada seorang individu yang menyatakan dirinya sudah tidak relevan lalu beralih ke dunia perniagaan makanan, penyanyi Mila Jirin meluahkan rasa terkilan apabila menerima kritikan sedemikian rupa.
Mila yang kini rancak mengusahakan perniagaan nasi arab berkata, dia kini memberi fokus kepada perniagaan dan ingin memperlahankan kerjaya nyanyiannya.
Penyanyi lagu Aku Lebih Tahu itu juga menjelaskan bahawa dia hanya ingin berkongsi rezeki sesama kakitangan syarikatnya dan berniaga ikhlas kerana Allah S.W.T.
View this post on Instagram
“Kenapa ada juga manusia yang suka berkata-kata tidak baik pada sesama manusia? Apa salah saya jual nasi Arab? Saya ikhlas berniaga kerana Allah. Ini ikhtiar yang dilakukan dalam kesinambungan kami untuk memastikan pekerja kekal punya pekerjaan dan gaji. Saya memang sudah lama tak menyanyi.”
Menganggap dirinya bukan ‘tidak laku’ namun ianya kerana tuhan tidak mengizinkan untuk dirinya terus aktif dalam dunia seni. Mila turut mengatakan bahawa perniagaan yang diusahakannya kini mempunyai hikmah yang tersendiri apabila ianya dapat membantu orang lain meskipun sudah kurang aktif dalam bidang nyanyian.
View this post on Instagram
“Saya bersyukur walaupun tak laku dalam dunia seni, saya yakin perancangan Allah maha hebat. Ada sebab musabab ia berlaku. Hampir setahun Allah menguji kami insan-insan yang berniaga. Tapi kami tak akan pernah putus harap.”
Terdahulu, Mila yang membuka perusahaan berkaitan perkahwinan terpaksa mencari jalan lain berikutan pandemik COVID-19 yang ternyata telah menjejaskan pendapatannya serta syarikat di bawah kelolaannya. Dia juga pernah berniaga buah durian dan kini mula menceburkan diri dalam perniagaan berasaskan makanan timur tengah.