“Tak Kisahlah Tu Bini Ada HIV” – Lelaki Mengeluh Kena Buat HIV ‘Test’ Sebelum Kahwin Dikecam Netizen

Kehidupan

“Tak Kisahlah Tu Bini Ada HIV” – Lelaki Mengeluh Kena Buat HIV ‘Test’ Sebelum Kahwin Dikecam Netizen

Untuk mendirikan rumah tangga ia bukan perkara yang mudah dan banyak sebenarnya prosedur yang harus dilakukan oleh pasangan beberapa bulan sebelum hari bahagia tiba.

Selain memikirkan tentang pelamin, pemakaian pengantin, jurusolek, makanan dan lain-lain, satu hal yang sememangnya wajib dilakukan adalah membuat ujian saringan HIV.

Advertisement

Baru-baru ini, di platform Twitter kecoh dengan perdebatan mengenai kewajipan pasangan yang bakal bernikah untuk membuat ujian saringan ini dan ini bermula apabila terdapat seorang individu mempertikaikan prosedur pernikahan di Malaysia yang dianggap rumit.

Melihat dari ruangan komen, ramai juga yang bersetuju dengan pandangan lelaki terbabit, lagi-lagi apabila banyak dokumen yang perlu dilengkapkan serta perlu mendapatkan cop di serata tempat.

Dari ciapan yang berasingan, individu itu juga seakan-akan memerli langkah Malaysia mewajibkan ujian saringan HIV untuk setiap pasangan yang berkahwin.

Bagaimanapun, ciapan tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen menyerang individu tersebut tidak berhenti serta berkata ujian saringan itu sememangnya perlu dilakukan agar dapat elak dari perkara yang tidak diingini berlaku apabila sudah berkahwin.

komen twitter

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

anak
6 bulan lalu

(VIDEO) "Mana Suami?" - Isteri Jaga Anak Sakit Sampai Tidur Terduduk, Netizen Kecam Suami Hanya Merakam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...