September 11th, 2020

Mendedahkan dirinya langsung tidak pernah kisah dengan sebarang persepsi umum mengenai status artis yang mendiami kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR), pelakon senior Dalimawati akui impiannya untuk mempunyai kediaman sendiri sejak sekian lama akhirnya tercapai.

Tak Kisah Persepsi Orang, Dalimawati Syukur Dapat Rumah PPR

Tambah Dalimawati, selain mengakui dirinya kini kurang menerima tawaran berlakon, beliau juga khabarnya enggan menyusahkan pihak lain untuk memohon bantuan andai ditimpa kesusahan.

“Habis tu, kalau tak ada tawaran lagi, tambah-tambah artis veteran macam saya bukan selalu ada job. Daripada kita duduk melarat menumpang rumah orang, lebih baik terima peluang yang ada. Saya fikir macam itu sahajalah, tak kisahlah apa orang nak kata, janji saya tak menyusahkan orang minta bantuan.”

Dedahnya lagi, beliau telah ditawarkan sebuah unit kediaman PPR Sri Aman berkeluasan 650 kaki persegi di Kepong, Kuala Lumpur.

Tak Kisah Persepsi Orang, Dalimawati Syukur Dapat Rumah PPR

“Sekarang ini, saya menyewa bayar lebih RM1,000 di Puchong. Saya duduk dengan anak, menantu dan cucu. Tengoklah nanti macam mana kalau mereka nak ikut. Kalau dia rasa kecil ke apa, nanti ‘rumah’ di bawah tu (liang lahad) tujuh kaki, lagi kecil.”

Tak Kisah Persepsi Orang, Dalimawati Syukur Dapat Rumah PPR

Sekadar informasi, pelakon yang popular menerusi filem “Hantu Kak Limah” ini merupakan antara 25 penggiat seni seperti Alina Hassan dan Sheila Mambo yang menerima kediaman PPR menerusi insiatif Perumahan Komuniti Seni Prihatin.

Daripada 25 unit itu, seramai 19 penerima akan ditawarkan di PPR Sri Aman, Kuala Lumpur manakala enam lagi akan ditawarkan di PPR Lembah Subang 2, Selangor.

Sumber: Gempak


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...