Nadhir Nasar seorang pelakon yang baru mencuba melibatkan diri di dalam dunia pengarahan tidak terasa hati apabila netizen memberi komen negatif kepada video musik yang diarahnya bertajuk Malampagi yang sempat menjadi ‘hits’ di Malaysia.
Apabila ditanya, pelakon ini dengan tenang menjawab bahawa karyanya itu mempunyai maksud yang lebih dalam jika diteliti dengan lebih mendalam.
Saya seorang yang pegang pada prinsip, dan prinsip saya nak sampaikan mesej kepada semua.
View this post on Instagram
Lebih-lebih lagi, Nadhir juga mengatakan bahawa apa yang terjadi dengan isu lagu tersebut bukan kerana dirinya ingin menjadi ‘glamour’ tetapi ia adalah satu perspektif baru untuk ‘gen z’ zaman sekarang.
Menurut pengarah MV ini, jika hasil arahannya di ‘banned’, itu adalah di luar kuasa dan tanggungjawabnya. Nadhir menyerahkan keputusan berkenaan kepada pihak yang berkuasa.
Video musik arahan Nadhir yang dikritik hebat kerana berunsurkan gejala sosial itu kini telah menjadi bualan ramai dan Nadhir hanya berharap orang ramai boleh terima dengan ‘open minded’. Selain itu, kami kongsikan isu hangat yang lain pada pautan di bawah.