Penyanyi meningkat naik, Nuha Bahrin meluahkan rasa sedih apabila video nyanyiannya dalam sebuah rancangan kembali tular.
Menurut sumber, Nuha memberitahu dirinya berasa kesal apabila perkara itu memberi impak kepada dia dan keluarga.
Bagi saya jika anda ingin memburukkan saya, saya tidak kisah. Tapi apabila ia sudah melibatkan keluarga, itu sangat melukakan hati saya.”
Jelasnya lagi, ibunya turut terkesan apabila pelantun lagu Casablanca itu sering menjadi mangsa buli warganet.
Siapa yang tidak terluka apabila melihat ahli keluarga terutama ibu mereka dikecam. Sepatutnya saya seorang saja yang rasa sakit. Hati saya sedih sangat melihat ibu saya menangis.”
Dalam pada itu, Nuha menjelaskan dia mengambil positif terhadap kritikan yang dilemparkan terhadap dirinya dan menganggap perkara itu sebagai peringatan untuk memperbaiki diri.
Nuha juga sempat mengucapkan terima kasih terhadap sokongan yang diberikan oleh peminat dari dahulu sehingga sekarang.
Kepada yang memberi sokongan hingga ke hari ini, saya berterima kasih sangat-sangat.”
Untuk info, Nuha Bahrin sebelum ini disifatkan sebagai perosak lagu kerana menyanyi dengan caranya yang tersendiri.