Kedatangan artis baharu yang silih berganti dalam industri seni pastinya akan muncul jua sedikit sebanyak kebimbangan dalam hati mana-mana artis sekalipun dalam usaha untuk kekal relevan dalam dunia hiburan.
Meskipun sentiasa diwarnai dengan wajah baru, pelawak dan pelakon Ropie berkata, dia bersyukur kerana kehadirannya dalam industri seni tempatan masih kekal relevan meskipun usianya kini mencecah 54 tahun.
Tidak hanya ditawarkan dengan tawaran berlakon, Ropie atau nama sebenarnya Zahid Tajuddin kini bergelar duta produk bagi sebuah jenama barangan berasaskan makanan.
Bergelar duta produk keluaran Misabitez, Ropie yang sangat sinonim dengan watak Pak Kodi dalam Sitkom JKK ini meluahkan rasa syukur di atas rezeki yang diperolehinya.
View this post on Instagram
“Saya bersyukur di usia setengah abad ini saya masih menerima pelbagai tawaran kerja termasuk menjadi duta. Ini semua rezeki untuk saya kongsikan dengan keluarga. Macam tak percaya kehadiran saya masih diterima baik dan mendapat permintaan di sebalik ramai pendatang baharu sekarang ini.”
Ujarnya lagi, dia tidak kisah digelar ‘Ropie Kerepek’ oleh peminat kerana baginya itu semua hanya gurauan semata-mata.
View this post on Instagram
Tambah Ropie, dia tidak perlu berkecil hati dan terasa kerana jika ianya terjadi, tandanya dia sudah melakukan kerja sebagai duta dengan baik.
“Lepas ini kalau ada yang gelar Ropie Kerepek pun saya okat. Baguslah itu tandanya peminat suka dan secara tidak langsung ada peluang untuk kontrak disambung untuk 10 tahun!” katanya berseloroh.