Tular di media sosial sejak semalam mengenai kisah seorang wanita bergelar isteri kepada pemain bola sepak sebuah negeri di pantai timur yang didakwa sering melakukan kerja penipuan jual beli di atas talian.
Wanita itu difahamkan kembali melakukan modus operandi yang sering dilakukannya sebelum ini iaitu menjual perabot dengan harga sekitar RM300 dengan syarat ‘siapa cepat dia dapat’.
Namun, dek kerana seleum ini isteri kepada pemain bola sepak itu pernah ‘kantoi’ malah tidak pernah membayar balik duit hasil ‘scam’ daripada orang ramai itu, netizen kini lebih peka dan ia didedahkan sekali lagi di Twitter.
Tidak pernah menyesal dan seperti ‘kebal’ daripada tindakan undang-undang, wanita itu kali ini cuba menjual meja solek yang sebenarnya diambil foto daripada Google semata-mata.
@mm_memazhr Memey Azhar transfer lah balik duit kawan aku. Buat malu je lah aku kenal kan barang ni rupanya scammer. Buat semua jgn lah beli brng lagi dengan dia ni. Aku baca tak tau dah brap rmai beli barang sama dgn dia ??? Pakej kena block. Suami pemain bola pun nak scam org ke pic.twitter.com/puqpTc748m
— Ana (@ladyanaaaaaa) February 15, 2023
Berikutan itu, seorang individu telah mendedahkan tindakan wanita itu di Twitter dan meraih perhatian ramai terutamanya mangsa penipuan jual beli sebelum ini.
Dianggap tidak pernah serik dan diibaratkan makan ‘duit haram’, netizen berharap wanita itu dan suaminya dikenakan tindakan undang-undang kerana difahamkan sudah ramai menjadi mangsa penipuan pasangan tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.