Baru-baru ini, tular di platform TikTok memaparkan satu hantaran luahan seorang gadis yang berasa beban apabila ayahnya sering meminta duit.
Ayah ‘menganggur’ asyik minta duit anak sulung yang masih belajar
Dapat dilihat dalam hantaran yang dikongsikan, si ayah meminta RM50 kepada gadis itu atas sebab mahu membeli buku adiknya tetapi dia sendiri kekurangan wang untuk pengajiannya.
Gadis yang merupakan pelajar semesta keenam dan sedang menjalani projek akhir tahun (FYP) itu bagaimanapun tetap memberi wang berkenaan kerana tidak mahu adiknya berasa terbeban.
Aku bukan siapa-siapa, cuma seorang anak perempuan. Seorang pelajar yang tak ada penanggung. Duit yang ada tak pernah lebih, kadang cukup-cukup tapi aku masih bahagikan sebab adik aku perlu hidup.
Gadis akui penat, bapa tak faham bebanan mental yang dialami
Namun, hal yang menyedihkan apabila si ayah yang tidak bekerja itu kerap meminta wang daripadanya, malah tidak ambil peduli tentang bebanan mental, tekanan kewangan serta tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan anak sulung.
Tak boleh ke dalam seminggu, sehari je sepanjang sejak mak pergi ni, aku nak hidup tenang. Tak minta lebih, cuma taknak pressure, nak belajar and taknak bekerja tiap malam. Nak rehat, sekali je…
Netizen simpati & luah rasa berang
Susulan hantaran tersebut telah meraih perhatian ramai, rata-rata netizen bersimpati atas apa yang perlu dilalui oleh gadis tersebut diusia muda dan ada juga meluahkan rasa berang terhadap perangai si ayah yang tiada usaha untuk mencari duit sendiri.