Tak Kena Boikot, Aliff Aziz Tampil Segak Menggayakan Satu Jenama Fesyen Tempatan

Hiburan

Tak Kena Boikot, Aliff Aziz Tampil Segak Menggayakan Satu Jenama Fesyen Tempatan

Pelakon sensasi, Aliff Aziz dilaporkan menjadi model bagi sebuah jenama fesyen tempatan iaitu Fizi Woo.

Ia sekaligus menarik perhatian warga maya disebalik kontroversi yang menimpanya sebelum ini bersama pelakon Ruhainies.

Advertisement

Dalam video Instagram Fizi Woo, Aliff dilihat menggayakan beberapa koleksi terbaharu mereka dan tampil segar.

Dalam kenyataan Fizi Woo yang ditinggalkan di dalam komen, pereka fesyen tempatan itu memaklumkan Aliff bukanlah model rasmi koleksi terbaru mereka sebaliknya hanya membeli dan memakainya ketika persembahan.

Malah, Aliff juga antara penyokong tegar jenama itu dan hantaran tersebut hanyalah satu apresiasi buat peminat jenama fesyen tersebut.

Namun, menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa tidak puas hati apabila melihat Aliff tampil dalam video terbaru Fizi Woo.

Terdahulu, Aliff Aziz dilaporkan telah ditangkap khalwat bersama Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu kota Kuala Lumpur pada pertengahan Mac 2024.

Susulan daripada itu, Bella Astillah yang pada ketika itu masih bergelar isteri kepada Aliff telah memfailkan perceraian sebelum kedua-duanya berpisah secara rasmi beberapa bulan yang lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Sam bunkface sorok wajah anak elak pedofile
3 months ago

"Golongan Haram J*dah Ini Perlu Dibendung" - Sam Bunkface 'Sorok' Anak, Elak Diintai Ped*filia

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...