Cef selebriti terkenal, Chef Wan memberi pandangan tentang busana yang dipakai delegasi atlet negara baru-baru ini di acara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo, Jepun kelihatan serabut dan tidak kemas.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Chef Wan atau nama sebenarnya, Redzuawan Ismail, dia menyuarakan pandangan peribadinya itu dan beranggapan busana tersebut kelihatan cacamarba.
“Pandangan pertama saya, lah tak menarik langsung? Kenapa mereka pakai macam badut. Kuning, merah dan corak geometrik, semak! Kerja menjahit pun nampak tak kemas dan kelihatan murah.
View this post on Instagram
Dalam pada masa yang sama, Chef Wan merasakan cerita berkaitan pahlawan lagenda Melayu tak pernah habis sejak dari dulu dan tambahnya lagi, Malaysia sebenarnya kaya dengan pelbagai budaya dan baju kebangsaan kaum lain.
Tak habis-habis dengan si Hang itu, Hang ini! Apa kata anda? Atau cuma mata saya yang nampak lain. Inspirasi daripada Hang Tuah? Tak sudah-sudah, pusing-pusing situ juga.
Meninjau di ruangan komen hantaran itu, rata-rata pengikutnya dan juga rakan selebriti menerima baik pandangan peribadi yang diluahkan oleh cef tersebut. Bagi mereka rekaan busana terbaik boleh dihasilkan memandangkan sukan berprestij ini dilakukan lima tahun sekali.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.