“Tak Kelakar! Sungguh Keji!” – Isteri Kru MH370 Hilang Sabar, Netizen Suruh Hadap Lawak Jocelyn Chia Dengan Gelak Tawa

Kehidupan

“Tak Kelakar! Sungguh Keji!” – Isteri Kru MH370 Hilang Sabar, Netizen Suruh Hadap Lawak Jocelyn Chia Dengan Gelak Tawa

Baru-baru ini, setelah pelawak sensasi Jocelyn Chia membuat lawak keterlaluan tentang kehilangan MH370, isteri kepada salah seorang kru penerbangan tersebut iaitu Intan Maizura Othman meluahkan rasa kesal kerana tidak menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

Terbaru, sekali lagi Intan menyelar salah seorang pengguna TikTok yang meninggalkan komen meminta keluarganya menerima jenaka tersebut dengan gelak tawa.

Advertisement

Difahamkan daripada balasan wanita tersebut, dirinya enggan berkongsi kesedihan yang dilalui kepada umum tetapi setelah muncul pelbagai komen dari individu yang disifatkan tiada simpati maka dia terpaksa mendedahkannya.

Dapat dilihat dalam video yang dikongsikan, anak lelaki Intan sedang menangis teresak-esak dalam pelukan ibunya setelah melihat video jenaka Jocelyn Chia.

isteri kru mh370

Dalam pada masa yang sama, Intan turut menegaskan agar semua pihak tidak menggunakan tragedi MH370 sebagai bahan jenaka dan meminta masyarakat memberinya serta keluarga ruang untuk hadapi hal ini.

Sebelum ini, pelawak berasal dari Singapura, Jocelyn Chia membuat lawak keterlaluan mengenai kehilangan kapal terbang MH370 yang berlaku 9 tahun lalu.

1 year ago

(VIDEO) "F*ck You, Malaysia" - Hina Negara & MH370, Pelawak Singapura Anggap Netizen Terlalu Serius

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...