Tular di media sosial sebuah video rakaman menunjukkan seorang lelaki yang didakwa mencuri tabung masjid telah ditangkap.
Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh Jalal Misai di Twitter itu, lelaki berkenaan telah berjaya ditangkap oleh orang ramai dan diberikan hukuman serta mereta.
Boleh dilihat di dalam video, dia dipaksa untuk baring dalam ruang memandikan jenazah dan dikelilingi beberapa penduduk serta seorang lelaki lengkap berserban, dipercayai ‘Tok Imam’ masjid terbabit.
Kena lumur kapur barus
Suspek terbabit kemudian ‘dimandikan’ oleh orang ramai dan Tok Imam turut dilihat menggunakan getah paip itu untuk memukulnya beberapa kali.
Menurut Sinar Harian, dalam situasi tegang itu, tok imam dilihat menyiram lelaki tersebut dengan air serta melumurnya dengan kapur barus sebelum mukanya ditutup dengan kain oleh penduduk di tempat kejadian.
Biar kau insaf!”
Kes curi tabung masjid katanya.. Lokasi belum tahu dimana.. pic.twitter.com/3ioox66kNJ
— Jalal Misai Akaun Baru (@jllmisai) January 11, 2022
Netizen berbeza pendapat
Menjengah komen di Twitter, netizen dilihat memberikan berbeza pendapat di mana ada yang berasa tindakan tok imam dan penduduk itu kelakar.
Menurut mereka, pencuri seperti pemuda itu memang sepatutnya diperlakukan sebegitu supaya menginsafkannya. Bagaimanapun, sesetengah netizen berpendapat mereka tidak boleh mengambil tindakan sendiri sebaliknya serahkan kepada pihak berkuasa.
Ada yang menegur bahawa tindakan tersebut kasar dan melampau selain boleh menyebabkan kematian akibat lemas memandangkan mereka ada menyiram air di bahagian mukanya.