“Tak Kelakar, Biadap!” – Hasil Karikatur Didakwa Hina Menteri Agama Cetus Kemarahan Ramai Pihak

Trending

“Tak Kelakar, Biadap!” – Hasil Karikatur Didakwa Hina Menteri Agama Cetus Kemarahan Ramai Pihak

Seorang pereka grafik yang sebelum ini acap kali mencetuskan kontroversi kini bagai kembali meraih tumpuan netizen apabila beliau khabarnya menghasilkan karya berbaur sindiran dan penghinaan.

Advertisement

Lebih perit, karya yang dihasilkan kali ini seakan menggambarkan imej seseorang dan difahamkan ia seolah menyerupai Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Menerusi hasil karikatur yang dimuat naik di Twitternya itu, jelas kelihatan seorang individu berkopiah seperti menghembuskan nafas lalu mengeluar dan menyebarkan virus COVID-19.

Hasil grafik tersebut dikatakan telah tular di media sosial sekali gus mencetuskan rasa tidak senang dan kemarahan netizen.

Tidak ketinggalan, pengguna laman Twitter juga bangkit menegaskan bahaw teguran sebenarnya boleh dilakukan secara baik daripada menyindir bekas mufti itu.

Dalam pada itu, perkara itu turut mendapat perhatian Setiausaha Penerangan MIC A Subash Chandrabose yang memyelar tindakan individu berkenaan.

Kata A Subahs, beliau turut menganggap penghasilan karya tersebut sebagai biadap.

“Ini tak kelakar, jaga adab!” katanya.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Dr Zulkifli mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah. Bagaimanapun, atas dasar keprihatinan, beliau turut menyeru orang ramai yang menghadiri majlis melibatkan dirinya pada 24 September hingga 4 Oktober lalu menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...