“Tak Kan Nak Seksi Dalam Masjid?” – Alicia Amin Jawab Persoalan Tampil Berhijab Di Majlis Nikah

Hiburan

“Tak Kan Nak Seksi Dalam Masjid?” – Alicia Amin Jawab Persoalan Tampil Berhijab Di Majlis Nikah

Sudah beberapa hari bergelar isteri dan memulakan fasa hidup baru, model Alicia Amin dilihat bahagia menerusi beberapa foto yang dimuat naik bersama suaminya iaitu Farzan.

alicia amin bernikah
3 years ago

(TAHNIAH) Model Alicia Amin Sudah Selamat Bernikah

Advertisement

Terkenal kerana tidak kisah dengan tanggapan ramai dan mempunyai pandangan hidup sendiri, Alicia nampaknya kembali menjadi perhatian netizen apabila mengenakan penutup kepala ataupun hijab ringkas semasa majlis pernikahannya.

alicia amin

Jarang tampil sedemikian, model itu telah disapa dengan satu komen yang seperti memerlinya kerana hanya memakai hijab sebagai fesyen sahaja.

Pun begitu, Alicia tidak melatah dan menjelaskan dengan mudah mengenai sebab dia mengenakan penutup kepala tersebut semasa majlis penyatuan hatinya bersama Farzan.

“Saya bernikah di dalam masjid, jadi anda perlu menutup rambut sebagai tanda hormat. Harap ini dapat memberi penjelasan kepada sesiapa yang tidak faham kenapa saya menutup rambut. Saya tak bermaksud supaya ianya menjadi hijab.”

alicia amin

Malah wanita berusia 26 tahun itu turut menjawab persoalan tersebut di laman Instagram miliknya dan meminta sesiapa yang mengkritik seorang model seksi yang tiba-tiba memakai hijab supaya bertemu jodoh yang baik.

“Tak kan lah saya nikah masjid nak pakai seksi. Semoga semua yang kutuk saya, dapat jumpa jodoh/ isteri suami yang sayang walaupun perangai bitter tak boleh tengok orang lain gembira. Salam.”

alicia amin

Semoga Alicia menemui bahagia bersama suaminya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...