Penyedia Rendang Nyet Berapi, Khairul Aming, baru-baru ini menghadapi situasi yang tidak dijangka apabila banyak cancel order diterima pada penjualan pertama Rendang Nyet Berapi pada Jumaat lalu.
Ramai pembeli yang pada awalnya tertarik dengan produk tersebut, namun kemudiannya membatalkan pesanan mereka selepas mengetahui peraduan percutian ke New Zealand hanya untuk 5 pembeli terlaju.
Khairul Aming yang sememangnya dikenali dengan kreativiti dalam pemasaran produknya, mengakui beliau agak terkejut dengan kelakuan pembeli yang lebih memfokuskan untuk memenangi percutian berbanding membeli produk tersebut.
Netizen turut meluahkan rasa terkejut mereka di media sosial, dengan ada yang berkata,
Macam mana KA yang hebat tu boleh tak jangka isu cancel order ni? For me sepatutnya KA umum pemenang lepas semua batch dah post out. Takkan dia tak tahu perangai melayu.
Rata-rata netizen juga menyelar tindakan pembeli yang tidak ikhlas ingin mendapatkan produk berkenaan dan sebenarnya hanya mahukan percutian ke New Zealand itu.