“Tak Kahwin Tapi Berkepit Macam Orang Dah Kahwin” – Reaksi Riena Diana Marah Ketika Diaju Soal Kahwin Jadi Tumpuan

Hiburan

“Tak Kahwin Tapi Berkepit Macam Orang Dah Kahwin” – Reaksi Riena Diana Marah Ketika Diaju Soal Kahwin Jadi Tumpuan

Pelakon terkenal, Riena Diana menjadi tumpuan netizen selepas dilihat seakan hilang sabar apabila berulang kali diajukan soalan mengenai status hubungannya sama ada sudah berkahwin atau masih bujang.

Dalam satu sesi siaran langsung bersama teman lelakinya, pelakon Keith Foo, seorang penonton bertanyakan sama ada mereka sudah mendirikan rumah tangga.

Advertisement

Namun, jawapan Riena yang tegas dan sedikit beremosi membuatkan segelintir penonton berasa kurang senang.

Engkau ni, kalau aku tak nak jawab apa masalahnya. Kalau aku dah kahwin, aku cakap lah dah kahwin. Takkan lah nak kahwin diam-diam. Orang kata belum kahwin, belum lah. Apa sibuk sangat nak tanya benda sama. Aku belum kahwin, faham ke tak ni?

Riena turut menyelitkan sindiran bahawa jika benar dia sudah berkahwin, mungkin segala urusan peribadinya termasuk waktu tidur juga akan dikongsi secara langsung.

Sekarang ni belum kahwin pun aku berkepit 24 jam, masak pun aku post. Kalau dah kahwin, korang tak rasa ke kalau nak tidur pun aku buat live.

Respon tersebut mencetuskan pelbagai reaksi netizen. Ada yang mempertahankan hak Riena untuk menjaga hal peribadi, namun tidak kurang juga yang merasakan jawapannya kedengaran kasar dan angkuh.

@sofyaaaee

Replying to @kak Seri Siapa macamni jugak bila orang tanya bila nak kahwin ?? #rienadiana #keithfoo #fyp

? Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Sebilangan warganet turut menyuarakan pandangan bahawa Riena kini dilihat semakin berubah dan tidak seramah seperti dahulu. Bagi mereka, soalan berkenaan perkahwinan adalah perkara biasa memandangkan Riena dan Keith kerap berkongsi kemesraan bersama secara terbuka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

sharnaaz ahmad noor nabila hubungan terjawab
3 weeks ago

"Ya Saya Sedang Dalam Fasa..." - Hubungan Noor Nabila Dengan Sharnaaz Kini Terjawab

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...