“Tak Kahwin Bukan Bererti Sengsara..” – Sherry Ibrahim Belum Putus Asa Dalam Mencari Jodoh, Gembira Dapat Jaga Ibu Bapa

Hiburan

“Tak Kahwin Bukan Bererti Sengsara..” – Sherry Ibrahim Belum Putus Asa Dalam Mencari Jodoh, Gembira Dapat Jaga Ibu Bapa

Pelakon Sherry Ibrahim akui belum putus asa dalam mencari pasangan hidup yang tepat buat dirinya meskipun umur sudah mencapai 41 tahun. Katanya, dia sering berdoa agar dipertemukan dengan jodoh yang baik.

Berdoa di Tanah Suci Makkah

Menurut aktres ini, baru-baru ini dia juga sempat menyampaikan hajatnya soal jodoh ketika menunaikan ibadah umrah di Makkah. Sherry mendedahkan dirinya bukan tidak cuba untuk mempunyai hubungan istimewa, namun beberapa kali tidak menjadi.

Advertisement

Namun begitu, dia tidak berputus asa dan percaya jodohnya sudah pun ditentukan Allah dan yakin satu hari nanti pasti akan ditemukan juga.

Alhamdulillah sempat berdoa ketika buat umrah baru-baru ini. Allah juga permudahkan malam terakhir saya di sana.

 

Bukan tak mahu berkahwin tapi hidup solo pun bukan dosa sebab Allah sentiasa janjikan yang terbaik buat hamba-Nya.

 

Kalau tiada jodoh di dunia mungkin di syurga nanti. Saya sudah berserah sebab mungkin saya kena perbaiki diri terlebih dahulu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sherry Ibrahim (@sherryibrahim)

Tidak sunyi meskipun solo

Tambahan pula, aktres ini juga mengakui dirinya tidak berasa sunyi meskipun belum mendirikan rumah tangga. Hal ini kerana, bagi Sherry, dia masih ada peminat setia serta keluarga di sampingnya selalu.

Saya juga ada peminat yang sentiasa sokong saya, Alhamdulillah saya gembira dengan cara macam ni.

 

Tak kahwin bukan bererti sengsara, orang berumah tangga pun banyak juga masalahnya. Alhamdulillah walaupun belum bertemu jodoh, saya dapat jaga ibu bapa dengan baik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sherry Ibrahim (@sherryibrahim)

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bekas isteri Fizi
10 months ago

"Semoga Kalian Berbahagia Atas Segala Perbuatan Kalian" - Hantaran Lama Facebook Milik Bekas Isteri Kepada Suami Pelakon Wanita Jadi Tumpuan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...