Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Tak Jumpa Lagi Lelaki Macam Ni” – Ayda Jebat Terhibur Lihat Ada Individu Ajak Bermadu

ayda jebat dan nabil mahir

Baru sahaja melayari bahtera perkahwinan, rata-rata peminat seronok melihat kebahagiaan yang terpamer di wajah Nabil Mahir dan Ayda Jebat.

Pun begitu, baru lagi terasa kemanisan hidup sebagai pasangan berkahwin, mereka telah pun didekati oleh individu yang mahu turut sama menyertai kebahagiaan tersebut. Ehh dah kenapa?

Advertisement

Baru-baru ini, Ayda telah berkongsi satu tangkap layar di mana salah seorang pengikutnya meminta kebenaran untuk menjadi isteri kedua kepada Nabil memandangkan dia masih belum berjumpa dengan lelaki yang mempunyai ciri-ciri personaliti seperti selebriti itu.

“Nak jadi madu Ayda boleh tak? Sebab nak cari lelaki macam ni la tapi, tak jumpa-jumpa lagi.”

ayda jebat dan nabil mahir

Walaubagaimanapun, Ayda langsung tidak melatah malah berasa bahawa mesej yang dihantar itu sangat comel dan menghiburkan hatinya.

“Salam, hahaha! Awak ni comel la. Jadi madu tak bolehlah. Saya cubit awak karang. Nakal eh. Saya doakan awak dapat jodoh yang lebih baik, sempurna dan terbaik untuk awak. InsyaAllah. Istikharah! Good luck sis.”

Advertisement

ayda jebat dan nabil mahir

Malah pelakon dan juga penyanyi itu mendoakan agar gadis tersebut akan berjumpa dengan jodoh yang lebih baik dan sempurna pada suatu masa nanti.

Cool je kan Ayda Jebat layan mesej macam ini?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top