Tak Jumpa Foundation Sesuai? Bobbi Brown Hadir Dengan Konsultasi Professional & Tawar Sampel Foundation Cukup Untuk 7 Hari!

Branded

Tak Jumpa Foundation Sesuai? Bobbi Brown Hadir Dengan Konsultasi Professional & Tawar Sampel Foundation Cukup Untuk 7 Hari!

Antara cabaran yang sering dihadapi ketika mencari foundation adalah mencari shade yang betul sebab kalau salah guna shade akan menyebabkan kulit kelihatan letih atau kelabu. 

Bukan itu saja, ia juga menjadi punca kepada ketidaksempurnaan yang cuba dilindungi seperti kulit tidak sekata, kesan parut dan jerawat. yang merosakkan keseluruhan solekan.

Selain itu, sesetengah foundation sebenarnya boleh mendatangkan masalah kulit seperti menyebabkan pori tersumbat yang akan membawa kepada white/black head, jerawat dan menjadikan kulit lebih sensitif hanya disebabkan oleh bahan tidak mesra kulit.

Tak cukup dengan itu, kalau guna foundation yang salah mesti akan membuatkan kulit rasa berat, cakey serta  tidak selesa untuk dipakai sepanjang hari, betul tak?

Kalau anda mengalami semua masalah ini, jangan risau sebab ada cara untuk menangani semua cabaran ini dengan perundingan profesional secara percuma.  Anda juga boleh bawa pulang sampel foundation 7 hari untuk dicuba. Biar betul?!

Bobbi Brown Cosmetics Bantu Tingkatkan Keyakinan Diri!

Jenama Bobbi Brown Cosmetics bukan satu jenama yang asing dalam kalangan mereka yang suka menggunakan alat solekan.

Ia sangat popular dan disukai  ramai selebriti termasuk jurusolek profesional kerana mudah digunakan dan memberikan coverage yang menyeluruh pada wajah. Malah, aplikasinya turut  disokong dengan pengetahuan dan kemahiran jurusolek berpengalaman dari Bobbi Brown.

Paling menarik, jenama ini turut menawarkan konsultasi penjagaan kulit dan solekan secara percuma di semua cawangan yang terletak di sekitar Malaysia tau! Wah, seriuslah?!

Intensive Serum Foundation Jadi Foundation Asas Pilihan

Alat solek Bobbi Brown

Salah satu rangkaian produk solekan Bobbi Brown yang sangat disukai ramai adalah Intensive Serum Foundation (ISF).

Ramai pengguna mengesyorkan foundation unik yang menggabungkan “makeup-and-skincare” ini. Malah Intensive Serum Foundation adalah salah satu produk Bobbi Brown yang disyorkan oleh artist popular daripada Korea – Song Kang tau!

Pelakon yang terkenal dengan lakonan dalam movie ‘Beautiful Vampire’ dan siri-siri popular di Netflix seperti ‘Love Alarm’, ‘Sweet Home’ dan ‘Forecasting Love’ ini  menyatakan produk ini membantu melembapkan kulit serta menjadikan kulitnya terlihat semula jadi ‘flawless’ dan berseri di hadapan kamera tau. 

Wow, mesti baguskan?

Memang bagus pun produk ini, sebab ia bukan saja membuatkan litupan tidak bercapuk dan berkedut, malah ia juga kalis air. Bayangkan bila foundation korang tidak teroxidize,kekal terletak walaupun berpeluh, masih lembab dan  tahan sehingga 12 jam. Menarikkan?

Nak tahu apa yang lagi best? Ia dirumus dengan 25 jenis bahan penjagaan kulit dan salah satu bahan utama adalah Cordyceps. 

Cordyceps mempunyai ciri anti-radang dan memberikan kelembapan yang kaya kepada kulit. Ia juga mempunyai antioksidan, yang boleh membantu melawan radikal bebas – terkenal dengan peranannya dalam menyumbang kepada tanda-tanda penuaan.

Bagusnya alat solek yang juga menjaga kulit setiap kali anda mengunakannya kan?

Kulit Lebih Sihat & Berseri Dengan Intensive Serum Foundation

Intensive Serum Foundation

Intensive Serum Foundation  meningkatkan tenaga semula jadi kulit membuatkannya lebih sihat dan menjadikan wajah lebih berseri dengan tenaga Cordyceps dan Ginseng.

Selain itu, kenapa Intensive Serum Foundation menjadi salah satu produk yang disukai ramai adalah kerana ia menambahkan tahap kelembapan pada kulit menjadikannya lebih  gebu, lembut, dan mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kering! 

Ia juga memberikan perlindungan optimum daripada cahaya matahari yang memudarkan kulit, radikal bebas, pencemaran, dan cahaya biru dengan bantuan penapis UV spektrum luas, Deep Sea Ferment dan Vitamin E.

Anyway, alang-alang tengah cerita tentang foundation ni, Bobbi Brown nak beri sampel 7 Hari secara PERCUMA kalau anda dapatkan konsultasi daripada jurusolek Bobbi Brown di Cawangan Bobbi Brown pada bulan September 2023. Pembelian tidak diperlukan dan tertakluk pada terma dan syarat.

Serlahkan Solekan Menawan Dengan Rangkaian Bobbi Brown

Selain Intensive Serum Foundation, tak lengkaplah kulit yang cantik kalau tak gunakan rangkain produk Bobbi Brown yang lain, betul tak? 

Jom tingkatkan kecantikan semula jadi dengan rangkaian produk Bobbi Brown yang sangat mudah digunakan, supaya dapat tampil kelihatan menarik walaupun menghadapi aktiviti harian yang sibuk! 

Antara rangkaian lain yang anda mesti cuba adalah: 

1. Extra Lip Tint

Lip tint

Dirumus dengan minyak botani, termasuk minyak Zaitun, Jojoba dan Avocado,  Extra Lip Tint dapat meningkatkan penghidratan pada bibir serta-merta dengan warna yang cerah dan bertenaga untuk bibir kelihatan sihat dan glowing.

Selain itu, dengan teknologi peptida, ia dapat membantu mencipta rupa yang gebu selama 24 jam sambil mengurangkan rupa garis bibir halus dan kering untuk rupa dan rasa yang lembut serta licin tau. 

2. Bobbi Brown Long-Wear Cream Shadow Stick Duo

Eye shadow

Pembayang mata tahan lama dua hujung yang tak memerlukan berus untuk digunakan dalam kemasan Matte dan Shimmer ini diformulasikan dengan formula berkrim yang menawarkan pemakaian sehingga 8 jam kerana gabungan minyak dan lilin yang sempurna. 

Bukan saja kalis air dan berpigmen tinggi, malah Bobbi Brown Long-Wear Cream Shadow Stick Duo juga mempunyai tekstur licin yang meluncur dengan mudah ke kelopak mata serta memberikan lapisan produk sekata tanpa mengelupas atau berkedut. 

Ia dirumus dengan vitamin antioksidan C dan E yang dapat melindungi kulit halus. 

3. Defined Long-Wear Brow Pencil

Eye brow pencil Bobbi Brown

Anda inginkan kening yang lawa dan dan mudah dibentuk? Defined Long-Wear Brow Pencil adalah pilihan yang sesuai sebab pensel kening ini mudah digunakan untuk menyempurnakan warna kening agar kelihatan semula jadi. 

Didatangkan dengan berus spool di hujung pensel untuk membantu mengisi dan membentuk kening dengan lebih mudah.

Haa, baguskan rangkaian produk solekan daripada Bobbi Brown ni? 

Psst, jangan lupa yang anda boleh dapatkan konsultasi daripada profesional tentang foundation yang bersesuaian serta persampelan selama 7 hari secara PERCUMA pada bulan September ini! 

Foundation shade sesuai untuk kulit

Beli rangkaian produk solekan Bobbi Brown dengan mudah di cawangan atau kedai rasmi dalam talian di Lazada.

Maklumat lanjut tentang keluaran koleksi terkini dan petua solekan, layari laman web rasmi Bobbi Brown atau ikuti media sosial di Facebook.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...