Tak Jujur Jawab Soalan Ketika Disoal, Sikap Sebilangan Pesakit Bila Ke Hospital Ditegur

Trending

Tak Jujur Jawab Soalan Ketika Disoal, Sikap Sebilangan Pesakit Bila Ke Hospital Ditegur

Nak tegur sikit. Kalau pergi hospital tu mohon jujur kalau staf tanya soalan jangan reka-reka cerita or jangan menipu. Pernah je jadi macam ini.

Advertisement

Kat wad medical dulu, pesakit datang batuk-batuk. Dah lama batuk 3-4 bulan dah.

Pesakit nampak sangat tak bermaya x bole bg history.Bila tanya family member, diorg ckp tak pernah kena TB. Bila dah habis ambik darah semua and ambik vital sign.

Tengok buku tca ada Akurit-4 ,pyridoxine bagai.

And then tanya balik kenapa ada ubat-ubat tu. Then baru family ckp patient memang ada tb tapi diorg rahsiakan sebab kesian nampak pesakit mcm dipulaukan org ramai kalau tau dia ada tb.

At that time bergegas masing-masing cari mask, terus tolak katil masuk isolation room. Seriously it’s aint about dipulaukan or what, tapi it could harm other people okay.

Kadang-kadang pesakit dtg kecemasan memg adrenaline rush kita masuk branula x sempat pakai glove.

Ada sorang pesakit ni, vein dia timbul je tp semua dah keras. Mula-mula tnya kata x pernah inject drug. Bila pelik kenapa cucuk darah x dapat-dapat, pesakit tu tunjuk sendiri “doktor kt highway ni bole guna kot”.

Pelik mcm mana dia tau which vessel yg ok lg. Bila ditanya balik, memang dia ivdu since teenager, selalu share2 jarum dgn kawan and unsure status of hiv. Kau rasa emo x?

Buatnya kena needle prick mati aku nk menjawab dgn infection control kak Remmyosnila Abdullah kenapa x pakai glove masuk branula haha.

Kat medical ward dulu ada one young male patient, anemia, receive frequent blood transfusion. And then newly diagnosed ada hiv. Ok terus otak fikir mesti source dari blood transfusion.

Sekali bila ditanya, patient kerap melakukan hubungan sejenis malah bertukar-tukar pasangan. And recently baru balik dari Thailand attend wild party kat sana.

Seriously the culprit is not the blood transfusion but the culprit is himself.

Parent yg tak vaksin anak ni kadang-kadang takut nak dtg hospital sebab takut doktor marah. So bila terpaksa, diorang akan cakap dah vaksin. Skali check dgn nurse home visit kt kk, memang x pernah vaksin.

Why tipu?

Young male patient , dengue fever day 4, hematocrit 50. Bibir hitam,bila ditanya merokok ke tak, dia cakap merokok sikit-sikit je.2-3 batang je sehari. Tu pun dah lama x hisap, dah stop dah katanya.

Then member dia kt sebelah senyum sinis and tolong kantoikan. “Haha doktor jgn percaya kt dia ni. Hisap rokok kuat ni. Nak dekat 2 kotak sehari. Tadi pun sementara tunggu giliran kat luar dia hisap jugak”.

Then pesakit tu sengih-sengih mcm kerang busuk menampakkan gigi yg kuning. Kau tau x merokok tu buat penyakit denggi kau bertambah bahaya?

Female teenager datang sakit perut. Sekali pregnancy test positive and scan dah nampak bentuk baby sikit-sikit. Tapi dia cakap dia x pernah tidur dengan lelaki.

So dalam perut tu apa? Annabelle?

Kesimpulannya tolong la jujur kalau staf kesihatan tanya sebab different answer leads to different diagnosis. And different diagnosis leads to different treatment. Thank u.

Itu belum lagi dengan patient keep changing history.

Depan aku cakap lain, dengan mo/specialist cakap lain. Huh!

Kredit : Khairi Malik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...