“Tak Jantanlah Lelaki Kalau Culas Nafkah..” – Chazynash Dedah Masih Beri Bekas Isteri Rumah Dan Kenderaan

Kehidupan

“Tak Jantanlah Lelaki Kalau Culas Nafkah..” – Chazynash Dedah Masih Beri Bekas Isteri Rumah Dan Kenderaan

Personaliti media sosial, Chazynash menegaskan bahawa hubungannya dengan bekas isteri, Fatin Morat, masih kekal baik walaupun mereka sudah memilih untuk membawa haluan masing-masing.

Ketika ditemui OhBulan! pada majlis pelancaran koleksi Christy Ng X Mamee Monster di Putrajaya pada Khamis, Chazynash menjelaskan bahawa tiada sebarang perbalahan berlaku antara mereka dan kedua-duanya sepakat untuk tidak mendedahkan punca perceraian.

Advertisement

Alhamdulillah kami berpisah secara baik, tak ada bergaduh. Anak-anak kami jaga mengikut giliran masing-masing.

Bapa kepada tiga anak itu turut berkongsi bahawa walaupun sudah berpisah, beliau masih menyediakan kediaman, kenderaan serta keperluan asas untuk bekas isteri dan anak-anak mereka.

Hubungan kami tak ada masalah malah saya masih sediakan lagi tempat tinggal dan kenderaan untuk dia dan anak-anak.

Bekas isteri tak perlu keluarkan wang untuk bayar bil elektrik atau apa-apa sahaja seperti dahulu (ketika masih suami isteri), cumanya yang berbeza kami tidak lagi sebumbung kerana sudah bercerai.

Menurut Chazynash, tindakannya itu bukan kerana simpati, tetapi atas dasar tanggungjawab dan keprihatinan terhadap kebajikan bekas isteri serta keselesaan anak-anak.

Kami sebelum ini sudah berkahwin selama 11 tahun. Anak-anak pun sudah membesar dan mereka lebih banyak tinggal bersama bekas isteri, jadi saya rasa bertanggungjawab untuk bagi nafkah dan tidak mahu memeningkan dia.

Beliau turut menegur lelaki yang culas dalam menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga selepas bercerai.

Tak jantanlah kalau ada lelaki yang tak beri nafkah dekat anak-anak. Tak patut untuk mana-mana lelaki tidak menghulurkan nafkah dengan memberi bermacam-macam alasan apabila isteri menuntut.

Terdahulu, Chazynash mengesahkan telah bercerai dengan Fatin Morat pada 23 Januari lalu menerusi satu hantaran di Instagram, dan menyifatkan perpisahan itu sebagai keputusan bersama yang berpunca daripada kesilapan dirinya sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ustazah dapat suami baru
2025-10-17 12:22:20

Ustazah Asni Mansor Umum Berkahwin Dengan Lelaki Palestin Warga AS - "Ada Ketentuan Yang Sudah Tertulis.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OhBulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...