“Tak Jadi Terbang”, Kereta Terbang Malaysia Tidak Terima Kebenaran CAAM

Trending

“Tak Jadi Terbang”, Kereta Terbang Malaysia Tidak Terima Kebenaran CAAM

Sesi pandu uji untuk kereta terbang yang dijadualkan hari ini terpaksa dibatalkan selepas tidak mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). Jika diikutkan, hari ini sesi pandu uji itu akan dilakukan di UNIKL MIAT Hangar Subang.

Baca: Adakah Ini Benar-Benar Kereta Terbang Pertama Malaysia?

Advertisement

Berita mengenai kereta terbang pertama Malaysia kecoh dalam kalangan masyarakat selepas diumumkan baru-baru ini. Walaupun pelbagai reaksi yang diberikan, ramai yang teruja untuk menyaksikannya.

Lokasi tidak strategik

Lokasi yang dipilih untuk sesi pandu uji ini terletak kurang 200 meter dari trafik syarikat penerbangan komersial dan helikopter. Ianya jelas di dalam Zon Kawalan Terminal Lapangan Terbang Subang yang berada di bawah pengawasan ketat oleh Kawalan trafik udara.

CAAM juga menjalankan penyiasatan pada pihak yang menjalankan penerbangan demonstrasi tidak sah melibatkan  EH216 pada 15 November lalu di kawasan sama dalam Lapangan Terbang Subang

Segala ujian dan demonstrasi penerbangan sepatutnya mengikut Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 2016 (MCAR 2016) bagi memastikan keselamatan terjamin. Apa-apa pun, CAAM terbuka untuk berbincang tentang sesi penerbangan ujian EH216 sekiranya ada lokasi yang sesuai.

Sumber

Artikel berkaitan: Kereta Terbang Pertama Malaysia Sudah 85% Siap

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.