Sesi pandu uji untuk kereta terbang yang dijadualkan hari ini terpaksa dibatalkan selepas tidak mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). Jika diikutkan, hari ini sesi pandu uji itu akan dilakukan di UNIKL MIAT Hangar Subang.
Baca: Adakah Ini Benar-Benar Kereta Terbang Pertama Malaysia?
Berita mengenai kereta terbang pertama Malaysia kecoh dalam kalangan masyarakat selepas diumumkan baru-baru ini. Walaupun pelbagai reaksi yang diberikan, ramai yang teruja untuk menyaksikannya.
Leaked pictures of the “kereta terbang”? pic.twitter.com/qfWieO07Sm
— Penolong Ketua Darjah (@khalids) November 19, 2019
Lokasi tidak strategik

Kredit: Berita Harian
Lokasi yang dipilih untuk sesi pandu uji ini terletak kurang 200 meter dari trafik syarikat penerbangan komersial dan helikopter. Ianya jelas di dalam Zon Kawalan Terminal Lapangan Terbang Subang yang berada di bawah pengawasan ketat oleh Kawalan trafik udara.
CAAM juga menjalankan penyiasatan pada pihak yang menjalankan penerbangan demonstrasi tidak sah melibatkan EH216 pada 15 November lalu di kawasan sama dalam Lapangan Terbang Subang
Segala ujian dan demonstrasi penerbangan sepatutnya mengikut Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 2016 (MCAR 2016) bagi memastikan keselamatan terjamin. Apa-apa pun, CAAM terbuka untuk berbincang tentang sesi penerbangan ujian EH216 sekiranya ada lokasi yang sesuai.
Artikel berkaitan: Kereta Terbang Pertama Malaysia Sudah 85% Siap