Tular di media sosial semalam apabila seorang pengguna Twitter telah membandingkan pelakon veteran Norlia Ghani dengan kejelitaan aktres dan juga model, Kavitha Kaur Sindhu.
Pengguna media sosial tersebut dilaporkan telah memuat naik ciapan membandingkan kejelitaan Kavitha yang kini berusia 49 tahun dengan wanita berusia 30 tahun yang kini sudah berketerampilan seperti aktres lagenda itu.
Ketika ditemui media, Norlia Ghani yang terkenal dengan watak Joyah dalam drama bersiri Opah sekitar tahun 1980-an itu mengakui dirinya tak sangkat kerana menjadi bahan bualan di media sosial sehingga tular.
“Cucu Mama (Norlia Ghani) tunjuk paparan skrin dan akaun Twitter menyebut nama Mama yang trending hari ini. Tidak sangka, selama ini hanya artis muda dan popular yang tular di laman sosial. Sekarang Mama pula jadi perhatian. Namun, Mama tidak ambil serius atau ambil ‘pot’. Banyak lagi perkara lain yang perlu kita fikirkan ketika berdepan pandemik COVID-19..”
Menganggap perkara tersebut tidak langsung menjadi ‘kudis’ buat dirinya, Norlia Ghani yang mesra disapa sebaga Mama itu gembira kerana dirinya masih relevan dan ada yang mempertahankan dirinya sebagai artis senior dalam industri seni dan hiburan kini.
View this post on Instagram
Sebelum ini, netizen telah meluahkan rasa marah apabila ciapan individu telah dianggap tidak menghormati Norlia sebagai bintang veteran yang telah memberi banyak sumbangan kepada industri seni tempatan.
Perkembangan terkini, Norlia Ghani sempat menyelesaikan penggambaran drama 13 episod berjudul Bujang Haji untuk siaran TV Al-Hijrah sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Drama tersebut turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Rosnah Mat Aris, Kartina Aziz dan Jalil Hamid.