“Tak Jadi Kahwin, Tapi Tak Putus Tunang Kan?” – Teruja Mimi Lana & Syafiq Kyle Dah Berbaik, Ramai Harap Kali Ini Betul Betul Nikah

Hiburan

“Tak Jadi Kahwin, Tapi Tak Putus Tunang Kan?” – Teruja Mimi Lana & Syafiq Kyle Dah Berbaik, Ramai Harap Kali Ini Betul Betul Nikah

Baru-baru ini, nama pelakon tinggi lampai Mimi Lana dan Syafiq Kyle kembali menjadi bualan selepas mereka dilihat keluar bersama-sama.

Ramai yang teruja dengan hubungan kedua-dua selebriti tersebut kembali pulih selepas kecoh tentang pernikahan mereka yang sepatutnya berlangsung pada 18 Ogos lepas dibatalkan.

Advertisement

mimi
5 months ago

"Kenapa Semua Orang Tanya Pasal 'Brownies' Ni?" - Teringin Lihat Syafiq & Mimi Kembali Bersama, Peminat Tak Henti Sakat Di 'Live'

Tular sebuah rakaman di TikTok mempamerkan Mimi dan Syafiq selepas selesai menghadiri satu acara dipercayai untuk memberi sokongan terhadap filem terbaru lakonan Aedy Ashraf.

Menerusi video itu, Mimi dilihat mengambil gambar Syafiq bersama rakan-rakan selebriti yang lain sebelum masing-masing bersalaman dengan aktor berkenaan dan beredar.

Video itu sehingga kini sudah mendapat lebih 340,000 tontonan dan menjengah ruangan komen ramai peminat berasa gembira melihat Syafiq dan Mimi masih bersama.

Rata-ratanya mendoakan agar kali ini hubungan mereka sehingga ke jinjang pelamin malah ramai berpendapat selebriti itu secocok bersama. Sama cantik sama padan.

Tolonglah kali ni jadi kahwin, aku love betul dorang berdua.

komen

Dalam pada itu, segelintir warganet berseloroh mengatakan tindakan pasangan selebriti tersebut menyembunyikan bahawa mereka sudah berbaik, akhirnya kantoi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...